web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Dalang Utama Rompak Isteri Dicekup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 9:00AM

Suspek adalah dalang utama dalam kes rompakan melibatkan seorang wanita - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kegiatan suspek terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat melakukan rompakan terhadap isterinya. 

"Hasil soal siasat ke atas suspek yang ditahan mendapati suami mangsa berusia 47 tahun itu dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan ini semata-mata bagi tuntutan insurans," menurutnya dalam kenyataan, semalam

Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima laporan mengenai kes rompakan melibatkan seorang suri rumah berusia 42 tahun yang telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali serta memakai topeng dan bersenjatakan parang di kawasan perumahan Taman Hijau di Karak, Bentong pada 3.05 petang. 

Zaiham berkata suspek telah mengacukan parang dan menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta dan barang kemas wanita itu dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM16,000. 

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan di rumah kerana suami, ibu dan anaknya telah pergi ke rumah saudara mereka," katanya sambil menambah operasi mengesan suspek telah menyaksikan polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berusia 24 tahun pada 9.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan. 

Beliau berkata kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia