web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dilarang Masuk Hutan Simpanan Kekal Ketika PKP - Jabatan Perhutanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 4:57PM

Anggota bomba mendaki Bukit Soga bagi membawa turun mangsa di Batu Pahat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Perhutanan Negeri Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki mana-mana Hutan Simpanan Kekal di negeri ini tanpa kebenaran terutamanya ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP). 

Pengarahnya, Datuk Salim Aman berkata, larangan memasuki kawasan itu turut membabitkan kawasan rekreasi dan riadah dalam Hutan Simpanan Kekal termasuk Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan semua trek pendakian. 

"Selaras dengan pelaksanaan PKP 3.0 bermula 12 Mei lalu hingga 7 Jun ini, semua kawasan rekreasi dan riadah dalam Hutan Simpanan Kekal termasuk Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri dan juga trek pendakian ditutup sepenuhnya.

"Sehubungan dengan itu, kemasukan ke mana-mana kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal ini adalah tidak dibenarkan," katanya hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas  insiden seorang warga emas yang meninggal dunia ketika sedang mendaki Bukit Soga di Batu Pahat bersama isteri dan anaknya, kelmarin. 

Menurutnya, semakan di lokasi kejadian mendapati ia berlaku dalam kawasan yang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal iaitu Hutan Simpan Soga, Batu Pahat. 

"Kawasan hutan terbabit juga diwartakan sebagai Hutan Tertutup dan kemasukan ke dalam kawasan hutan itu adalah dilarang kecuali melalui Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan.

"Siasatan juga mendapati mangsa dan keluarga memasuki kawasan Hutan Simpan Soga melalui lorong pendakian yang tidak dibenarkan berhampiran tanah perkuburan Cina Taman Sri Soga, Batu Pahat, sedangkan pihak Jabatan telah menyediakan laluan dan trek pendakian ke puncak Bukit Soga melalui Taman Eko-Rimba Soga Perdana, Batu Pahat," katanya. 

Mangsa dan ahli keluarga tegas beliau lagi, pada dasarnya bukan sahaja telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP,  tetapi juga melakukan kesalahan kerana memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal itu tanpa kebenaran. 

Beliau menjelaskan, kesalahan yang tertakluk di bawah Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negeri 1985 itu boleh menyebabkan pelaku didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Salim menasihatkan orang awam supaya sentiasa mematuhi peraturan dan perundangan berkaitan, khususnya larangan serta SOP ditetapkan, selaras dengan usaha kerajaan menangani pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan. - Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia