web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nahas Helikopter JBPM, 7 Individu Dalam Keadaan Stabil - CAAM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 3:56PM

Tujuh individu disahkan terselamat selepas sebuah helikopter dikendalikan oleh JBPM terbabit dalam nahas pagi tadi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Tujuh individu disahkan selamat dalam nahas sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, helikopter bernombor pendaftaran 9M-BOD itu terbabit dalam nahas di kawasan apron UniKL MIAT Hangar.

Menurut beliau, pesawat yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sedang menjalani ujian penerbangan.

“Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada jam 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah bertindak segera terhadap insiden tersebut.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter berkenaan dan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya hari ini.

Jelas Norazman, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan.

“Siasatan dijalankan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 8 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan