web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Beradik DIdakwa Merompak Guna Kapak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 8:51PM

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan rompakan di beberapa kedai telefon sekitar Kota Bharu - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -- Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak di beberapa kedai telefon di sekitar Kota Bharu dari 24 April hingga 17 Julai lepas.

Tertuduh Wan Mohamad Amirul Aizzat, 23, dan Che Aliff Afendi, 36, kedua-duanya penggangur dan Wan Ahamad Syakir Idaham Mohd Noor, 19 yang bekerja sebagai buruh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, Wan Mohamad Amirul, didakwa telah melakukan rompakan terhadap seorang wanita berusia 19 tahun dengan mengambil wang tunai berjumlah RM1,400 di kampung Kok Lanas pada 8 pagi, 24 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Che Aliff  didakwa merompak RM159 daripada seorang wanita berusia 40 tahun dengan bersenjatakan sebilah kapak pada 1.35 tengah hari, 14 Julai lepas di sebuah kedai di Jalan Kuala Krai Batu 11, Kadok di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Wan Ahamad Syakir dituduh bersama-sama seorang yang masih bebas merompak dan dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap terhadap seorang mangsa (lelaki) berusia 29 tahun dalam kejadian di Jalan Kayu Rendang, Melor antara 8.30 pagi hingga 9 pagi, pada 15 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat pula, Wan Ahamad Syakir dan Che Aliff Afendi didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan kapak terhadap dua mangsa berusia 20 dan 40 tahun di sebuah kedai di Jalan Kuala Krai Batu 11, Kadok, 6.30 petang 17 Julai lepas.

Pertuduhan keempat didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalna Zainal Abidin manakala tiga beradik terbabit tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 1 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Pasang Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Simpan Harta Rompak Milik Kieda Crepe

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia