web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Peduli 'Bom Atom' Sanusi, Saifuddin Ikrar Terus Dedah Isu REE  

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 6:34PM

Saifuddin Nasution Ismail di sidang media di Bilik Gerakan Utama DUN Jitra hari ini - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kononnya beliau memiliki 'peluru terakhir' yang mampu mengejutkan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sama sekali tampak tidak menggentarkan Menteri Dalam Negeri itu daripada terus mendedahkan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di negeri tersebut. 

Menurut Saifuddin, beliau langsung tiada masalah untuk berdepan 'peluru' Muhammad Sanusi, malah akan terus mendedahkan pelbagai maklumat mengenai kes berkenaan selagi ia masih berlarutan. 

"Jangan fikir dia saja ada (peluru), saya pun ada juga kerana pendedahan ini belum habis lagi. Saya tak ada masalah bab itu (peluru Sanusi) dan kami sememangnya berbeza kerana dia memaki, tetapi saya tidak.   

"Dalam ucapannya, Muhammad Sanusi kata motif pendedahan saya disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ada bawa ahli perniagaan terkemuka Indonesia, Reza Chalid mohon REE. Itu cerita beliau tetapi berbeza dengan pendedahan saya. Saya tunjukkan surat ditandatanganinya, rekod syarikat, gambar serta semua bukti dan kini Muhammad Sanusi tunjuklah pula apa yang dikatakannya itu,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra di sini, hari ini. 

Saifuddin Nasution Ismail menunjukkan gambar yang diambil ketika Muhammad Sanusi mengadakan lawatan ke tapak kecurian REE di Bukit Enggang, Sik 19 Februari lalu - gambar Rafisqi Radhi
Saifuddin Nasution Ismail menunjukkan gambar yang diambil ketika Muhammad Sanusi mengadakan lawatan ke tapak kecurian REE di Bukit Enggang, Sik 19 Februari lalu - gambar Rafisqi Radhi

Jelas Saifuddin, seruan Sanusi agar perbalahan berkaitan isu tersebut dihentikan juga bukan satu pilihan. 

"Tiba-tiba beliau nak pakat agar tak payah serang-menyerang tetapi ini bukan satu pilihan kerana kita sedang memperkatakan mengenai aset rakyat Kedah.  

“Jadi kalau setakat peluru besar itu, tak payah sembanglah kerana saya pun ada peluru juga," katanya, sinis. 

Ketika berucap dalam Jelajah Mega Perikatan Nasional (PN) di Jitra malam tadi, Muhammad Sanusi menyeru Saifuddin menghentikan polemik mengenai isu berkenaan kerana Menteri Dalam Negeri itu dikatakan sudah kehabisan modal.  

Dalam ceramahnya Muhammad Sanusi mendakwa, jika beliau 'membalun' Saifuddin dengan maklumat tersebut, maka Saifuddin akan 'terkunci' dan perkara itu akan menjadi seakan 'bom atom' hingga menyebabkan muka Setiausaha Agung PKR itu 'terkalih' ke belakang.  

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, beliau yakin Muhammad Sanusi sendiri tahu mengenai peluru dimilikinya.  

"Beliau pasti tahu maklumat yang saya ada dan saya sangat yakin tentang itu. Soalnya kini, siapa nak lepas dulu saja dan sebab itu saya katakan, saya tiada masalah bab itu," katanya.  

Gambar lawatan Muhammad Sanusi ke lokasi kecurian REE - gambar Rafisqi Radhi
Gambar lawatan Muhammad Sanusi ke lokasi kecurian REE - gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu Saifuddin mendakwa, Muhammad Sanusi sejak dari awal lagi sudah masuk ke kawasan kecurian REE tersebut, iaitu tidak berapa lama selepas tangkapan dibuat terhadap 52 individu melibatkan rampasan 360 kampit REE pada 31 Januari 2023.  

"Beliau masuk secara peribadi ke kawasan itu pada 19 Februari 2023 dan saya ada gambarnya. Beliau melihat sendiri kemusnahan serta bagaimana cari gali secara intensif dilakukan melibatkan kawasan luas namun tiada tindakan benar-benar serius diambil selepas lawatan tersebut.  

"Bukan sekadar balik, diam dan tak berbuat apa-apa, malah beliau terus-terusan menafikan ada maklumat tentang kejadian itu seperti dinyatakannya dalam beberapa ceramah sebelum ini. Berulang kali beliau sebut tiada pengetahuan mengenai insiden kecurian ini dan itu sebenarnya menimbulkan kebimbangan serius mengenai ketelusan dan akauntabiliti," katanya. 

Saifuddin pada sidang akhbar tersebut turut menunjukkan gambar yang didakwanya diambil ketika Muhammad Sanusi menjalankan lawatan ke lokasi. - Getaran, 3 Ogos 2023 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'