web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekolah Khas Bukti Kerajaan Serius Atasi Isu Kemiskinan - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 12:30PM

Kerajaan berhasrat memperkenalkan sekolah khas bagi memastikan golongan itu tidak keciciran. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat kerajaan memperkenalkan sekolah khas bagi golongan paling miskin dilihat sebagai bukti keseriusan kerajaan menoktahkan kemiskinan di negara ini dengan memastikan golongan itu tidak keciciran dalam pelajaran.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad bagaimanapun berpendapat pelaksanaan yang bersasar perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Kementerian Pendidikan (KPM) seperti membina asrama berkualiti di setiap sekolah sebelum menubuhkan institusi berkenaan.

“Kita sedia maklum bahawa kemiskinan akan menyebabkan keciciran pembelajaran, kemerosotan akademik, tidak hadir ke sekolah, kurang kemudahan pembelajaran di rumah dan ia dilihat sebagai faktor utama kepada berlakunya kegagalan pendidikan.

“Sehubungan itu, cadangan kerajaan ini lebih praktikal dan berkesan sekiranya diwujudkan kemudahan asrama yang lebih baik, berkualiti, di samping mempunyai pelbagai kemudahan lain untuk menarik minat mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya langkah menempatkan pelajar berkenaan di asrama juga membantu membentuk sahsiah peribadi pelajar itu sendiri bukan sahaja menerusi pembelajaran, tetapi juga melalui komunikasi antara sesama mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, agama.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kerajaan supaya membangunkan program-program khas di sekolah di seluruh negara dengan dana tertentu bagi membantu membiayai anak-anak daripada keluarga miskin ini untuk mendapat peluang pembelajaran yang berkesan berdasarkan minat dan kecenderungan.

“Misalnya ada anak-anak miskin ini mereka minat bidang atlet sukan, bagaimana sekolah dapat membantu mereka melalui program khas dengan membimbing pelajar-pelajar miskin ini bagi mencapai kejayaan dalam bidang tersebut berbanding kita membina sekolah-sekolah khas untuk mereka.

“Ini bagi mengelakkan wujudnya sebarang persepsi dan labeling yang boleh menimbulkan kesan psikologi kepada pelajar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata KPM juga boleh memikirkan kaedah yang lain untuk menarik minat anak-anak golongan miskin ini kerana terdapat segelintir daripada mereka yang tidak minat belajar.

“Saya cadangkan supaya pengisian pembelajaran juga boleh ditekankan dengan aspek kemahiran seperti menjadi usahawan kepada anak-anak ini dan bukan memfokuskan kepada mata pelajaran sahaja.

“Selain itu, biasanya apabila kita bercakap mengenai soal kemiskinan golongan yang sering menjadi tumpuan adalah mereka yang tinggal di luar bandar seperti di pedalaman sahaja. Bagaimanapun kita jangan lupa di bandar juga terdapat kumpulan miskin bandar dan diharapkan kerajaan juga dapat melihat kelompok ini,” katanya.

Perdana Menteri pada Sabtu lepas memaklumkan kerajaan berhasrat memperkenal sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan dengan berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

Ia bagi memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati secara saksama tanpa ada mana-mana tercicir daripada pendemokrasian mutu pendidikan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Sekolah Khas Golongan Miskin: Keperluan Atau Kehendak? 

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Sekolah Untuk Pelajar Miskin Dibuka Tahun Depan - Fadhlina

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tingkatkan Gaji Minimum Bagi Imbangi Pendapatan Dengan Kos Sara Hidup - Pakar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Asnaf Di Pekan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia