web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tingkatkan Gaji Minimum Bagi Imbangi Pendapatan Dengan Kos Sara Hidup - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 1:30PM

Menyentuh mengenai isu kemiskinan tegar di negara ini, Dr Firdausi Suffian berkata akses golongan itu terhadap kemudahan kesihatan, makanan seimbang dan untuk memiliki rumah sendiri juga harus diberikan perhatian - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar gaji minimum di negara ini perlu ditingkatkan bagi mengimbangi antara pendapatan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, kata Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Prof Madya Dr Firdausi Suffian.

Katanya kadar gaji minimum itu juga perlu ditingkatkan mengikut perkembangan ekonomi negara kerana pendekatan itu boleh merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus menyumbang kepada usaha menurunkan kadar kemiskinan di negara ini.

"Ini penting, sekiranya gaji masih sama, saya khuatir kelompok dalam M40 mahupun B40 akan tercicir dalam mendapatkan akses, kehidupan yang baik," katanya ketika dihubungi Bernama TV secara dalam talian di sini hari ini.

Mengenai iltizam kerajaan menoktahkan kadar kemiskinan tegar dalam negara pada tahun ini, Firdausi yang juga Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah, berkata beliau bersetuju dengan inisiatif kerajaan mensentralisasikan beberapa negeri yang perlu diberi fokus.

Kadar gaji minimum perlu ditingkatkan mengikut perkembangan ekonomi negara kerana pendekatan itu boleh merancakkan aktiviti ekonomi - Gambar Hiasan
Kadar gaji minimum perlu ditingkatkan mengikut perkembangan ekonomi negara kerana pendekatan itu boleh merancakkan aktiviti ekonomi - Gambar Hiasan

Katanya, Sabah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi iaitu 25 peratus perlu diberi fokus dan memerlukan intervensi kerajaan bagi mengecilkan jurang pendapatan antara rakyat di negeri itu dengan penduduk di Semenanjung.

Menurut Firdausi nisbah jurang pendapatan antara rakyat Negeri di Bawah Bayu itu dengan Semenanjung semakin ketara dengan pertumbuhan gaji yang perlahan menyebabkan ribuan golongan muda Sabah berhijrah ke Semenanjung mencari pekerjaan.

"Kalau kita lihat secara nisbah, 1:4 orang Sabah itu miskin dan menjadikan peratusan pekerjaan tidak begitu berkembang seperti negeri-negeri lain. 

"Kerana itu Sabah masih mempunyai fenomena ‘underemployment’ iaitu graduan yang mempunyai ijazah sarjana pun sanggup bekerja sebagai kerani kerana mahu mendapat kerja di Semenanjung," jelasnya. 

Menyentuh mengenai isu kemiskinan tegar di negara ini, beliau yang juga Pakar Panel-panel Kementerian Belia dan Sukan berkata akses golongan itu terhadap kemudahan kesihatan, makanan seimbang dan untuk memiliki rumah sendiri juga harus diberikan perhatian.

Katanya akses kepada keperluan asas berkenaan turut perlu dijadikan panduan dalam penilaian dan menentukan taraf sosioekonomi rakyat di negara ini dan bukannya berdasarkan pendapatan semata-mata. 

Akses kepada keperluan asas berkenaan turut perlu dijadikan panduan dalam penilaian dan menentukan taraf sosioekonomi rakyat di negara ini dan bukannya berdasarkan pendapatan semata-mata - Gambar Hiasan
Akses kepada keperluan asas berkenaan turut perlu dijadikan panduan dalam penilaian dan menentukan taraf sosioekonomi rakyat di negara ini dan bukannya berdasarkan pendapatan semata-mata - Gambar Hiasan

"Misalnya, kalau sebuah keluarga mempunyai lima orang anak dengan (rumah) tiga bilik, adakah kebajikan anak-anak ini dijaga, mendapat akses pendidikan yang baik? Jadi tempat tinggal pun diambil kira sebagai kadar ukuran kemiskinan. 

"Aspek pemakanan juga penting, kita tidak boleh melihat kepada aspek pendapatan sahaja. Nutrisi yang didapati itu memberi indikasi bahawa adakah individu itu seorang yang sihat? Begitu juga akses bagaimana anak-anak pergi ke sekolah. Adakah jarak sekolah dan rumah jauh? Semua ini diambil kira," katanya lagi. 

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang sependapat dengan Firdausi mengenai kadar gaji minimum pula mencadangkan agar diwujudkan lebih banyak ruang pekerjaan di kawasan desa.

Katanya ia bagi mengimbangi hak dan peluang penduduk desa yang telah berhijrah ke bandar untuk pulang dan ‘menuai’ pendapatan di sana.

"Sektor pertanian adalah satu sektor yang menguntungkan, justeru kerjasama kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri penting bagi mengusahakan pertanian moden dengan mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah yang terbiar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia