web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekolah Khas Golongan Miskin: Keperluan Atau Kehendak? 

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan seramai 3.16 juta isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM5,250.00

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 9:37AM

Kemiskinan dilihat sebagai satu faktor yang sedikit merencatkan pencapaian keseluruhan pelajar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Matlamat dan halatuju pendidikan jelas menunjukkan ke mana arah tujuan pendidikan di negara ini. Kemiskinan dilihat sebagai satu faktor yang sedikit merencatkan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar di negara kita dan sekaligus memberi kesan kepada pendidikan negara dalam kedudukan PISA di dunia. 

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia ke 10 telah mewar-warkan tentang sekolah khas yang akan memberi tumpuan kepada golongan miskin di negara ini supaya mereka tidak terus tertinggal dalam arus perdana pendidikan. 

Respon yang sama telah diberikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia terhadap isu ini dengan mengulas lanjut tentang hala tuju serta mekanisme yang jelas dalam menubuhkan sekolah khas untuk miskin tegar di negara ini.  

Namun, apa yang menjadi persoalan apakah sekolah-sekolah yang sedia ada sekarang tidak mesra golongan miskin dan atas dasar apa untuk ditubuhkan lagi sekolah khas untuk golongan miskin? Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, seharusnya kita memikirkan untuk menaik taraf sekolah atas keperluan pendidikan yang lebih baik berbanding menubuhkan sekolah baru yang memerlukan kos yang lebih besar. 

Kerajaan sepatutnya menaik taraf kemudahan pendidikan - gambar hiasan
Kerajaan sepatutnya menaik taraf kemudahan pendidikan - gambar hiasan

Saya amat menyokong dasar kerajaan yang cakna kepada golongan miskin tegar bagi mendapatkan pendidikan yang baik namun matlamat untuk menyediakan sekolah khas untuk golongan ini dilihat tidak wajar. Kementerian Pendidikan seharusnya memberi fokus kepada bagaimana untuk membantu pelajar daripada golongan miskin untuk tidak tercicir daripada arus perdana dan bukannya untuk melabur lebih banyak wang untuk menubuhkan sekolah khas untuk golongan ini.  

Polemik yang timbul adalah ‘pendidikan atau sekolah’ yang perlu diutamakan bagi membantu mereka. Mekanisme apa yang menjadi hala tuju untuk membantu mereka jika matlamat yang dicanang lebih kepada menggunakan sejumlah kos yang lebih besar untuk pembinaan sekolah khas?

Sedangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) jelas menunjukkan aspirasi sistem pendidikan kepada akses pendidikan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 

Sekolah yang sedia ada sudah cukup untuk melahirkan generasi cemerlang dan ianya perlu dinaik taraf dan dimurnikan sedikit sahaja lagi bagi memenuhi aspirasi negara. Justeru, keperluan membina sekolah khas bukan matlamat yang perlu diutamakan tetapi bagaimana sistem pendidikan dan sekolah sekarang dibaik pulih dan dinaik taraf menjadi lebih baik. 

Dalam masa yang sama tumpuan diberikan bagi membantu golongan miskin dalam mendapatkan pendidikan dengan sistem sokongan yang padu daripada KPM. 

Jika dilihat kepada miskin tegar pada masa sekarang, kebanyakkan mereka adalah dalam kalangan yang tinggal di bandar. Jika dahulu miskin tegar merujuk kepada orang yang tinggal di luar bandar dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2000 tetapi senario telah berubah kerana dengan pendapatan isi rumah RM4,000-6,000, dan jumlah tanggungan anak seramai 5 orang ianya masih diklasifikasikan sebagai miskin tegar. 

Statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2022, seramai 3.16 juta isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM5,250.00. 

Mekanisme apa yang akan digunakan oleh kerajaan dalam menangani masalah miskin tegar ini? Apakah membina sekolah khas dapat membantu golongan miskin ini atau menggunakan bajet yang sedia ada dengan membantu mereka daripada segi ekonomi (tawaran biasiswa atau biaya bulanan) bagi mereka tidak terus tercicir daripada arus pendidikan?

Golongan miskin perlu disantuni dari peringkat akar umbi - gambar hiasan
Golongan miskin perlu disantuni dari peringkat akar umbi - gambar hiasan

Justeru, KPM harus mempunyai pendirian yang lebih berfokus dalam melaksanakan program untuk meningkatkan kualiti pendidikan, bukannya secara drastik memutuskan sesuatu yang tidak perlu malah keperluan membina sekolah khas yang baru bukanlah satu keputusan yang bernas. 

Jika benar KPM ingin membantu golongan miskin untuk mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti, golongan ini perlu disantuni daripada akar umbi. Kajian berkaitan golongan ini juga perlu dilaksanakan dan hasilnya nanti dapat membantu mereka atas keperluan yang lebih berfokus. 

Kadangkala mereka memerlukan sokongan moral yang berpanjangan agar mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, dan KPM secara tidak langsung dapat membantu dengan menyediakan keperluan asas bagi golongan ini. 

Apa pun keputusan Kerajaan mahupun KPM, matlamat membantu golongan miskin untuk terus mendapatkan pendidikan tetap disanjung tinggi. Cuma bentuk tindakan yang bagaimana seharusnya diambil dalam menangani masalah ini perlu diberi penelitian yang mendalam. 

Terutamanya dalam memastikan KPM terus berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang dalam kepelbagaian latar belakang melalui pendidikan, dan selanjutnya memenuhi keperluan modal insan negara. - Getaran, 18 Ogos 2023

Penulis merupakan Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMFRDC), dan boleh dihubungi di abdrazak@um.edu.my

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN