web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undang-Undang Syariah Tidak Tergugat, Video Tular Hanya Andaian Semata-Mata – Dr Mohd Na’im 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 11:14PM

Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kedudukan undang-undang Syariah di negara ini akan sentiasa dilindungi, dan kerajaan amat komited untuk memastikan aspek itu diberi perhatian secara serius. 

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tugas memartabatkan undang-undang Syariah merupakan tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak pernah berhasrat memandang remeh perkara itu.

Menurut beliau, semua dakwaan dibuat seorang individu yang videonya tular di media sosial adalah satu andaian dan anggapan semata-mata. 

“Merujuk kepada rakaman video di laman YouTube bertajuk ‘Lima Perkara Bakal Timpa Umat Islam Dalam Tempoh 3 Bulan Selepas PRN’ bertarikh 12 Ogos berdurasi 9.03 minit, perkara-perkara yang disebutkan adalah terkait dengan kedudukan undang-undang jenayah Syariah dan isu pengislaman kanak-kanak. 

“Kenyataan dalam video tersebut berkenaan kedudukan undang-undang jenayah Syariah yang akan dicabar dalam kes Nik Elin Zurina lawan kerajaan negeri Kelantan adalah satu andaian dan anggapan semata-mata,” katanya. 

@dsdrnaim Respon kepada rakaman video di laman “5 Perkara Bakal Timpa Umat Islam Dalam Tempoh 3 Bulan Selepas PRN!!!” bertarikh 12 Ogos 2023 berdurasi 9.03 minit, perkara-perkara yang disebutkan adalah terkait dengan kedudukan undang-undang jenayah Syariah dan isu pengislaman kanak-kanak. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #PelanAlFalah ♬ New Age, a sad piano solo 10 minutes(1003982) - 8.864

Mohd Na’im menyatakan demikian menerusi hantaran di aplikasi TikTok hari ini, sebagai mengulas penyebaran sebuah video oleh wakil Persatuan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Nizam Alias. 

Nizam menerusi rakaman berkenaan mendakwa, lima perkara buruk bakal menimpa umat Islam di negara ini dalam tempoh tiga bulan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai diadakan. 

Dakwanya, ia termasuk tindakan pihak tertentu mencabar 20 Enakmen Jenayah Syariah sehingga boleh mendatangkan keruntuhan institusi berkenaan. 

Menafikan dakwaan tersebut, Mohd Na’im berkata, kes Nik Elin Zurina kini berada pada peringkat Pendengaran Kes di Mahkamah Persekutuan, justeru sebarang komentar berkaitan kes ini diklasifikasikan sebagai sub judice, iaitu sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai. 

“Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah Syariah,” katanya. 

Tegas beliau, ia mencakupi kesalahan yang membabitkan pelanggaran semua Rukun Islam.  

“Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan. 

“Berkenaan isu pengislaman kanak-kanak mualaf, kenyataan beliau adalah satu anggapan dan andaian sahaja. Beliau tidak mengemukakan sebarang data dan fakta untuk menyokong andaian tersebut,” katanya. 

Mohd Na’im menarik perhatian, sebarang kes pengislaman kanak-kanak akan diputuskan berdasarkan undang-undang sedia ada di mahkamah Syariah. 

“Bersama kita teruskan perpaduan yang harmoni dan menjauhi isu perpecahan melibatkan 3R (Raja, Agama dan Kaum; Royalty, Religion, and Race),” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah