web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP 3.0: Aktiviti Rakaman Hanya Di Studio Rasmi - FINAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 8:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti rakaman bagi penggambaran filem, drama, dokumentari, animasi, produksi muzik dan seumpamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dibenarkan bagi rakaman dalaman di studio rasmi yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu kenyataan memaklumkan studio rasmi ialah seperti studio Finas, Studio Iskandar Malaysia dan Studio Jelas Juta dengan operasi bermula 25 Mei dari 8 pagi hingga 8 malam.

Selain itu, aktiviti penggambaran yang dijalankan adalah dengan jumlah kru minimum tanpa penonton serta perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) selain tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) industri kreatif yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Finas juga ingin mengingatkan kepada semua pihak untuk mematuhi SOP ditetapkan MKN serta semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Finas akan memaklumkan perincian SOP industri kreatif yang baharu pada Isnin ini dan perkembangan terkini melalui hebahan media, laman sesawang www.finas.gov.my serta media sosial Facebook, Instagram dan Twitter. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia