web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Logo Hari Kebangsaan PN Jadi Bahan Lawak, ‘2 Bucu Tambahan Tu Apa Benda?’ 

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 3:14PM

Logo Merdeka PN dengan jumlah bucu bintang lebih banyak berbanding sepatutnya - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas merapatkan jurang perbezaan dengan menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan, blok pembangkang terus menunjukkan ‘taring’ apabila bertindak melulu, termasuk ke atas perkara yang menyentuh semangat patriotisme. 

Bagaimanapun, tindakan mereka itu menjadi sendaan ramai apabila wujud kepincangan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’ dan menampakkan kedangkalan sendiri. 

Terbaru, logo Hari Kebangsaan diumumkan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mengundang tawa netizen kerana jumlah bucu pada simbol bintang melebihi bilangan sebenar yang ada pada Jalur Gemilang. 

Perincian tersebut dikongsi seorang netizen, @adrianlimcheen di aplikasi X dan pantas menerima respon warpga maya yang lain. 

"Bintang Jalur Gemilang mempunyai 14 bucu. 14 bucu ini melambangkan 13 negeri dan satu kerajaan Persekutuan.  

"Bintang dekat logo Hari Kebangsaan PN mempunyai 16 bucu. Dua bucu tambahan itu apa benda?" soalnya.  

Ciapan tersebut yang turut disertakan dengan gambar logo berkenaan setakat jam 3 petang ini sudah menerima 2,481 tanda suka dan diulang siar 1,084 pengguna. 

Majoriti netizen meninggalkan komen berbaur sindiran dan mempertikaikan rekaan logo tersebut yang dianggap sebagai idea lapuk tanpa sebarang pembaharuan. 

"Tak kreatif pun, idea yang sama zaman Pakatan Rakyat je. Tapi walaun tidak faham," kata @YeohCC.  

"Ada yang kata, 16 itu bermaksud 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan (WP) (bukan kerajaan Persekutuan). Dulu satu untuk WP Kuala Lumpur, sekarang lagi 2 WP Putrajaya dan WP Labuan," kata @_saifulnizam.  

"Mungkin nak ambil Singapura balik kot, selepas itu tarik Brunei. Depa kan kaki claim juga macam contoh nak ambil semula Pulau Pinang," kata pula @azziqaziz dengan sinis. 

Semalam, Ahmad Fadhli dipetik sebagai berkata, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang diperintah PN berkemungkinan akan menggunakan tema alternatif yang dilancarkan, dikenali sebagai 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.  

Pelancaran tema alternatif itu menerima kecaman pelbagai pihak, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar untuk dipolitikkan.  

Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi. - Getaran, 20 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

3

Politik 8 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

4

Politik 8 bulan yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 18 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 17 jam yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Sukan 19 jam yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan