web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Air Tangki Habis, Anak Derhaka Belasah Ibu Kandung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 3:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Seorang wanita layak digelar anak derhaka apabila sanggup memukul ibu kandungnya sendiri hanya disebabkan air tangki  bilik air habis ketika dia sedang mandi di rumah mereka di Taman Intan Mas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek berusia 30 tahun dipercayai sedang mandi, dan berang apabila air di dalam tangki habis sebelum keluar untuk memarahi ibunya yang berusia 54 tahun.

Difahamkan, suspek kemudiannya mendakwa ibunya sengaja ‘mencari pasal’, sebelum tidak berpuas hati dan menolak serta menonjol kepala pengadu beberapa kali dengan tangan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, suspek kemudiannya dipercayai menendang kedua-dua paha ibunya dan memukul jari manis tangan kanan pengadu sehingga bengkak.

Menurutnya, mangsa juga mengalami kecederaan lain iaitu bengkak dan calar pada pipi kiri serta mata sebelah kiri bengkak.

“Suspek juga turut mengeluarkan ancaman bunuh kepada ibu serta adiknya yang berusia 17 tahun dan dipercayai, sering memarahi serta memukul ibunya itu.

“Siasatan mendapati suspek yang berpendidikan ijazah adalah anak kedua dari tiga beradik dan tinggal bersama ibunya itu sejak 2014 selepas diberhentikan kerja dari sebuah bank di Kuala Lumpur,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan sebagai pesakit luar selepas mengalami kecederaan bengkak jari manis dan calar di bahagian kiri muka.

Menurutnya, suspek sudah ditahan jam 2 pagi tadi di rumah mereka dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian air kencingnya pula disahkan negatif.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. - Getaran, 23 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi