web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 6,976 Kes Baharu Hari Ini, Tertinggi Sejak Pandemik Landa Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 4:57PM

Seorang petugas kesihatan mengambil sampel ‘swab test’ COVID-19 secara pandu lalu pada Program Saringan COVID-19 Selangor ketika tinjauan di Dewan PU7, Puchong Utama pada 22 Mei. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan 6,976 kes hari ini, jumlah tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara lebih setahun lalu.

Angka itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemaskini akaun rasmi Twitternya hari ini.

Sebelum ini kes baharu tertinggi pernah direkodkan ialah 6,806 kes pada Khamis lalu.

Dengan perkembangan terbaru ini, kes kumulatif COVID-19 di negara ini  kini 512,091.

Dalam pada itu Selangor masih merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,235 kes diikuti Sarawak dengan 663 kes dan 626 kes di Kelantan.

Selain itu, Johor (549 kes), Kuala Lumpur (447 kes), Negeri Sembilan (434 kes), Kedah (422 kes), Pulau Pinang (372 kes), Perak (279 kes), Terengganu (266 kes), Pahang (263 kes), Melaka (209 kes) dan Sabah (136 kes).

“Putrajaya pula dengan 30 kes manakala Labuan merekodkan 37 kes dan Perlis sebanyak lapan kes,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes baharu melibatkan 6,971 kes penularan tempatan dan lima kes import menjadikan kes aktif kini 57,022.

Beliau berkata terdapat 49 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya 2,248 kes.

“Jumlah individu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini ialah seramai 681 kes dengan 361 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sejumlah 3,587 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatifnya 452,821 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata terdapat 24 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan sembilan kluster di tempat kerja, lapan kluster komuniti, enam kluster keagamaan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi menjadikan jumlah kluster aktif kini 556 kluster.

Dr Noor Hisham berkata kluster tempat kerja melibatkan Kluster Jalan Kempas Dua dan Jalan Perindustrian Lima di Johor, Kluster Jalan Bukit Puchong dan Kemuning Tujuh di Selangor, serta Kluster Persiaran Cassia Selatan Dua, Industri Bukit Minyak dan Jalan Kilang Ubi di Pulau Pinang.

Kluster lain bagi tempat kerja adalah Kluster Jalan Enam Selatan melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan, serta Kluster Bandar Jalan Putra di Pahang.

Selain itu, beliau memaklumkan kluster komuniti melibatkan Kluster Simpang Juasseh (Negeri Sembilan), Jarum Laut (Johor), Bukit Temedak (Sarawak), Kampung Paroh (Terengganu), Jalan Mangga (Sabah), Kampung Jakar (Kelantan), Taman Sourabaya Indah (Sarawak) dan Kampung Panggong (Kelantan).

Kluster keagamaan pula membabitkan Kluster Permai Sejahtera (Pahang), Terendak Permai (Melaka), Dah Seri Perigi (Kedah), Taman Majupadu (Johor), Jalan Desa Satu (Selangor) dan Parit Dato Onn (Johor), manakala kluster kumpulan berisiko tinggi yang dilaporkan ialah Kluster Jalan Temiang (Negeri Sembilan). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia