web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan 8.2 Juta Dos Vaksin Sinovac Menjelang Akhir Jun - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 5:21PM

Ismail Sabri menunjukkan vaksin COVID-19 jenis Sinovac yang telah siap dibotolkan di kilang Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd di Puchong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempunyai bekalan 8.2 juta dos vaksin Sinovac menjelang akhir Jun dengan 3.8 juta daripadanya melalui proses secara “fill and finish” oleh Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 4.4 juta dos vaksin COVID-19 itu diimport terus dari China dengan 400,000 telah diedarkan, satu juta telah diterima manakala baki tiga juta lagi diperoleh akhir bulan depan.

Kilang Pharmaniaga Life Science telah menyiapkan 1.8 juta dos vaksin Sinovac serta dua juta lagi dijangka pada akhir Jun ini dan ini bermakna sejumlah 8.2 juta dos vaksin jenis ini mampu dibekalkan kepada kerajaan, katanya pada sidang media selepas menyaksikan proses pengilangan ‘fill and finish’ di kilang Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd di Puchong dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Ismail Sabri berkata usaha syarikat itu juga berupaya membantu kerajaan untuk mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat.

“Tidak timbul isu kekurangan bekalan kerana Pharmaniaga Life Science boleh bantu dengan kilang yang ada … kalaulah benar seperti digembar-gembur di luar sana iaitu kekurangan bekalan, dengan apa yang kita ada hari ini seperti yang saya kata tadi minimum menjelang penghujung Jun kita boleh bekalkan 8.2 juta dos vaksin,” katanya.

Ismail Sabri berkata sehingga semalam, kilang Pharmaniaga Life Science telah menyiapkan sebanyak 1,889,800 dos vaksin untuk edaran dan jumlah keseluruhan pengeluaran produk vaksin dari kilang itu ialah 2,609,800 sehingga hujung bulan Mei 2021.

Sementara itu, Zulkarnain berkata kilang itu yang pada masa ini mempunyai kapasiti menghasilkan dua juta dos vaksin sebulan sedang meningkatkan jumlah pengeluaran kepada empat juta dos vaksin sebulan yang dijangka dapat dilaksanakan mulai Ogos ini.

“Ini strategi yang kami ambil untuk membantu kerajaan dan jika ini berlaku diharap seawal Ogos kami boleh membekalkan sehingga empat juta dos sebulan kepada kerajaan,” katanya.

Sinovac Life Sciences di China telah melantik Pharmaniaga sebagai pengedar eksklusif vaksin COVID-19 Sinovac di Malaysia pada awal tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia