web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Nafi Tangkap Lelaki Di Masjid Kerana Tak Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 7:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menafikan telah menahan seorang lelaki di sebuah masjid di Gelugor di sini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya berkata suspek ditahan kerana mengganggu jemaah di situ, dalam kejadian pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata menerusi pemerhatian di media sosial, terdapat maklum balas warganet yang mendakwa lelaki itu ditahan atas kesalahan melanggar SOP di masjid.

"Sebenarnya penyebaran maklumat itu tidak benar kerana lelaki berusia 35 tahun itu ditahan berikutan mengganggu jemaah menunaikan solat dalam kejadian pada 8.25 malam dan pemeriksaan di dalam  beg sandangnya menemukan pisau berukuran 13 sentimeter.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebar dan menularkan kenyataan yang tidak benar mengenai kes ini, lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," menurutnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial lelaki yang memakai baju Melayu hijau itu dilaporkan berlegar di dalam masjid dan dia telah ditahan kononnya melanggar SOP PKP.

Di Kepala Batas, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor pula berkata sepuluh premis yang dijadikan tempat menjalankan kegiatan judi loteri awam haram digempur polis dalam beberapa serbuan di sekitar daerah itu selama enam jam bermula 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata operasi yang membabitkan 41 pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah SPU serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu telah berjaya menahan 11 individu berusia lingkungan 20 hingga 62 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram dan perjudian secara dalam talian.

"Serbuan di sepuluh premis itu membabitkan kawasan sekitar Butterworth, Mak Mandin, Tasek Gelugor dan Kepala Batas, seramai sembilan lelaki dan dua wanita ditahan dalam operasi berkenaan,” katanya.

Noorzainy berkata dalam operasi itu, pihaknya turut merampas beberapa peralatan seperti pen, kalkulator, slip kertas bercetak angka disyaki berkaitan judi loteri awam haram, pencetak mini, telefon bimbit serta sebuah kereta.

Katanya polis akan meminta Tenaga Nasional Berhad memotong bekalan elektrik di premis terbabit bagi mengelakkan kegiatan sama berulang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia