web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KEPCI Music Festival: Kerajaan, KFC Tak Terlibat Jemput Pelajar Tahfiz

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 8:44PM

Deretan pelajar tahfiz yang hadir pada konsert KEPCI Music Fest Sabtu lalu - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang individu hari ini tampil menjelaskan bahawa kerajaan dan KFC, tidak terlibat sama sekali dengan jemputan dan kehadiran pelajar tahfiz di Kepci Muzik Festival di Shah Alam, bersempena sambutan 50 tahun KFC pada Sabtu lepas.

Andrie Ung Han Xiang yang mengaku bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz menghadiri konsert itu, berkata kedua-dua pihak iaitu KFC dan kerajaan juga tidak diberi sebarang makluman mengenai hal itu.

“Inisiatif ini sepenuhnya daripada pihak saya, yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan, untuk merasai pengalaman menghadiri festival tersebut dan diraikan bersama-sama.

“Saya dengan bantuan dan sumbangan dari rakan-rakan, telah berjaya mengumpulkan seramai 700 orang anak yatim dari 22 buah rumah anak yatim seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ung berkata kanak-kanak yang ditularkan memakai jubah hijau dan berserban putih itu dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya. Mereka anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Konsert Bukan Anjuran Kerajaan Tapi Pihak Korporat, Swasta - Mohd Na'im

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Meriahkan Suasana, PM, Isteri Hadir KEPCI Music Fest

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Naufal Dengar Suara Panggil Nama, Minum Air Parit Untuk Hidup - Bapa

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kisah Anak-Anak Tahfiz, Tertib Dan Tartil Dituntun Cahaya Ilahi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia