web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert Bukan Anjuran Kerajaan Tapi Pihak Korporat, Swasta - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 12:31PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan bahawa penganjuran Kepci Muzik Festival di Shah Alam, Selangor bersempena sambutan 50 tahun KFC pada Sabtu lalu bukan dianjurkan oleh kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata program berkenaan telah dianjurkan oleh pihak korporat dan swasta.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sudah menghubungi penganjur dan meminta penjelasan berkenaan isu tersebut.

“Makluman yang diterima oleh penganjur adalah jemputan pelajar-pelajar terbabit ke program karnival dan konsert berkenaan telah dibuat oleh pihak ketiga yang menaja golongan kurang bernasib baik termasuklah anak-anak tahfiz dari sebuah madrasah masyarakat Rohingya di Shah Alam,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook rasminya.

Mohd Na’im turut menasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti agama, adab serta adat ketimuran dalam menganjurkan sebarang program.

Beliau berkata penganjuran program juga perlu mengambil kira kesesuaian pengisian serta penontonnya termasuk dalam program yang melibatkan pelajar tahfiz dan anak muda.

“Nasihat saya, jadikan ia (isu berkenaan) sebagai ikhtibar kepada semua untuk memastikan mengikut garis panduan yang sudah disediakan, saya telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil pihak berkenaan dalam mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Semalam, seorang individu bernama Andrie Ung Han Xiang mengaku bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz ke konsert itu bagi memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri program tersebut.

Katanya video tular di media sosial memaparkan kanak-kanak memakai jubah hijau dan berserban putih itu adalah dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya yang juga anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia