web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tegas Bantah Penjualan Lapangan Terbang Subang, KESMA Heret PM dan Sultan Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 12:00PM

Sumber berkata penjualan Lapangan Terbang Subang dipercayai akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah MAHB pada minggu ini. - Gambar dari Twitter Malaysia Airports

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports (KESMA) akan menghantar memorandum membantah penjualan Lapangan Terbang Subang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan juga Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah.

Presiden KESMA, Hussin Shahar memberitahu Getaran, tindakan yang akan dilaksanakan secepat mungkin itu adalah penegasan semula protes mereka terhadap penjualan lapangan terbang tersebut kepada syarikat swasta, WCT Holdings Bhd.

Hussin berkata, KESMA masih tidak yakin dengan jaminan dan gesaan Pengerusi Malaysia Airports Berhad (MAHB), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk kerajaan menilai semula cadangan penjualan aset syarikat berkaitan kerajaan itu.

“Kami berpendapat bahawa Sultan Selangor mempunyai kepentingan dalam isu kerana lokasinya dan juga dari segi faktor keselamatan, memandangkan lapangan terbang tersebut adalah antara pintu masuk ke negeri Selangor.

“Kerajaan hanya berdiam diri selepas kenyataan Zambry. Sehingga hari ini tidak ada sebarang maklum balas terhadap gesaan itu. Kami khuatir kerana ada desas desus yang mengatakan bahawa penjualan ini sudah hampir dimuktamadkan,” jelas Hussin.

Tambahnya, salinan memorandum bantahan itu juga akan diberikan kepada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.

Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah adalah milik MAHB sepenuhnya dan ia adalah antara tujuh lapan terbang MAHB yang memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan.

Lapangan terbang terbabit dikendalikan oleh WCT Holdings, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim menerusi anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn Bhd.

MAHB memiliki 39 lapangan terbang di seluruh negara.

Adalah dianggarkan penjualan berkenaan berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion dengan penjualan Lapangan Terbang Subang berdasarkan perjanjian konsesinya yang akan berakhir pada tahun 2069.

Menurut sumber, penjualan Lapangan Terbang Subang dipercayai akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah MAHB yang akan dipengerusikan oleh Zambry pada minggu ini. - Getaran, 24 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia