web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persatuan Gesa Kerajaan Pastikan Kilang Tidak Simpan Stok Beras Untuk Naikkan Harga

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Sep 2023 7:44PM

Kilang memproses padi bersaiz kecil sukar bersaing dengan kilang besar yang menawarkan harga tinggi kepada pesawah. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan digesa membuat pemeriksaan secara menyeluruh terhadap kilang-kilang besar dalam industri beras.

Ia bagi memastikan pengusaha kilang tidak terbabit dengan perbuatan menyimpan stok beras tempatan hingga menyebabkan bekalan barangan tersebut berkurangan di pasaran ketika ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Mohamad Termizi Yop, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan pengilang-pengilang besar tersebut tidak berbuat demikian sebagai taktik untuk mendesak kerajaan menaikkan harga beras tempatan yang juga barang kawalan.

Katanya, selama ini pihaknya sudah beberapa kali bersuara mengenai 'permainan' kilang-kilang besar yang cuba memonopoli industri tersebut.

"Ketika kerajaan menawarkan RM1,200 setan untuk membeli padi dari petani, kilang-kilang besar ini menawarkan harga lebih tinggi bagi menarik pesawah untuk menjual padi kepada mereka.

“Pada masa sama, kilang-kilang besar ini juga menggunakan khidmat broker bagi memujuk petani agar menjual padi kepada mereka,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Mohamad Termizi Yop. - gambar Rafisqi Radhi
Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Mohamad Termizi Yop. - gambar Rafisqi Radhi

Mohamad Termizi berkata, tindakan pengusaha kilang besar itu membolehkan mereka membolot semua stok padi di sesebuah kawasan namun ia secara tidak langsung 'membunuh' kilang-kilang kecil terutamanya milik orang Melayu.

Beliau berkata, ia berikutan kilang kecil ini tidak mampu bersaing untuk mendapatkan stok padi daripada pesawah.

Katanya, ekoran tindakan itu, mereka berbelanja besar iaitu lebih daripada yang sepatutnya untuk memperolehi stok-stok padi.

"Jadi bagaimana caranya untuk menampung semula kos yang tinggi itu? Jalan terbaik sudah tentu dengan meminta kerajaan menaikkan harga beras tempatan susulan kenaikan harga beras import baru-baru ini.

“Maka kerajaan perlu pastikan tindakan menyimpan stok beras tempatan bukan satu taktik dilakukan pihak terbabit, bagi mendesak kerajaan membenarkan kenaikan harga tersebut," katanya.

Semalam Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi memastikan beras tempatan tidak dimanipulasi sebagai beras import dengan tindakan akan turut diambil terhadap pengilang atau pemborong, jika mereka cuba menyorok atau menukar label beras semata-mata demi mencari keuntungan.

Selain itu, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, pihaknya akan turut mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), pegawai-pegawai tinggi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) serta golongan pesawah pada Khamis ini bagi membincangkan mengenai isu beras tempatan.

Menteri itu juga mengesahkan, terdapat permintaan pengilang yang ingin menaikkan harga beras tempatan namun menurutnya, tiada sebab untuk harga tersebut dinaikkan memandangkan kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak 60 peratus bagi mengekalkan harga pada paras RM2.60 sekilogram.

Mengulas lanjut Mohamad Termizi berkata, langkah kerajaan untuk tidak tunduk kepada desakan kilang-kilang besar terbabit wajar dipuji bagi memastikan kalangan rakyat dapat terus menikmati pembelian barang tersebut pada harga RM2.60 sekilogram, iaitu yang terendah di rantau ini.

"Saya juga yakin masalah ini dapat diselesaikan tidak lama lagi melalui langkah intervensi diambil kerajaan, selain berikutan persetujuan dinyatakan pengilang tertentu kepada pihak kementerian untuk untuk menambah 20 peratus kuota bagi meningkatkan bekalan beras tempatan.

 "Kerajaan perlu bertegas untuk tidak tunduk kepada desakan kilang-kilang besar kerana subsidi dikeluarkan sudah cukup banyak untuk mengekalkan harga beras iaitu mencecah 60 peratus.

“Subsidi itu pula bukannya diperolehi pesawah sebaliknya dapat terus kepada kilang dan disebabkan itu, tiada sebab untuk kerajaan tunduk kepada desakan pengilang-pengilang besar ini," katanya. -Getaran, 4 September 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang