web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengeluaran Beras Putih Tempatan Bakal Pulih Dalam Sebulan - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2023 2:51PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menunjukkan beras putih tempatan yang tiada kenaikan harga dan masih terkawal ketika meninjau stok keterjaminan makanan di Pasaraya Giant Tampoi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin pengeluaran beras putih tempatan di seluruh negara dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata menerusi program itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah intervensi termasuk meminta pengilang meningkatkan 20 peratus bekalan beras putih tempatan di pasaran bagi penyelesaian jangka pendek. 

Beliau berkata beberapa sesi libat urus dengan pemegang taruh dalam industri padi dan beras negara juga akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan mengenai kaedah dan mekanisme untuk memulihkan pengeluaran beras. 

“Menerusi sesi libat urus itu, KPKM akan menerangkan kaedah dan mekanisme berkaitan bekalan beras tempatan negara, meliputi penyelesaian bagi jangka masa sederhana dan panjang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai strategi kementerian  bagi memulihkan pengeluaran beras putih tempatan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau bekalan beras putih tempatan di Giant Tampoi, di sini hari ini.

Mohamad berkata inisiatif yang dilaksanakan kementerian sebelum ini seperti Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Mini Sekinchan, dijangka akan dapat membantu memulihkan pengeluaran beras tempatan.

Beliau berkata ini adalah kerana projek Smart SBB tersebut mampu mengeluarkan hasil yang memberangsangkan iaitu sebanyak 11 metrik tan padi beras bagi satu hektar sawah.

Setakat ini, katanya bekalan beras putih tempatan mencukupi dengan kawalan harga kekal RM2.60 sekilogram sejak 2008, sekali gus menjelaskan usaha kementerian memulihkan pengeluaran beras itu adalah berikutan permintaannya yang meningkat, susulan peningkatan harga beras import.

Ditanya mengenai 95 peratus orang tengah mengawal penghasilan padi negara pula, beliau berkata ia tidak benar dan hanya sekadar dakwaan sahaja.

Sementara itu, Mohamad mengulangi bahawa KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa bekerjasama untuk membanteras isu penukaran label kampit beras, yang sebelum ini dilapor dilakukan bagi memanipulasi harganya di pasaran.

"Perkara ini sedang ditangani. Pihak kawal selia padi beras negara bertindak dan sentiasa mengawasi. Insya-Allah, sekarang ia dalam kawalan dan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah mengikut akta sedia ada," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Mahu Penguatkuasaan Lebih Kerap Tangani Isu Beras Tempatan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

3

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Semasa 9 bulan yang lalu

FAMA Siasat Dakwaan Beras Putih Tempatan Tidak Berkualiti

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia