web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nisbah Satu Penderma Organ Kepada Sejuta Populasi Bakal Dicapai Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2023 3:25PM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan di Putrajaya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan sasaran nisbah satu penderma organ kepada sejuta populasi dapat dicapai dalam masa terdekat, kata Menterinya, Dr Zaliha Mustafa.

"Nisbah ketika ini adalah 0.7 penderma kepada sejuta populasi, namun pelbagai usaha diambil untuk menggalakkan lebih ramai berikrar sebagai penderma organ," katanya dan menambah ketika ini terdapat 370,130 pengikrar derma organ, dengan 22,268 daripadanya didaftarkan tahun ini.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini, Dr Zaliha berkata kadar pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi antara 10 negara yang terendah di dunia.

"Terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara jumlah pesakit dalam senarai menunggu transplantasi iaitu seramai 10,747 orang, berbanding jumlah penderma organ selepas kematian iaitu 845 orang," katanya.

Dr Zaliha berkata pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ termasuk melalui penyampaian khutbah di masjid memandangkan masih ada orang beragama Islam tidak selesa dengan pendermaan organ. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Rencana 6 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia