web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah Untuk Lindungi Bot Nelayan, 5 Penguatkuasa Direman 6 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 1:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Lima anggota penguatkuasa direman enam hari kerana disyaki terlibat melindungi bot nelayan yang mel;akukan kesalahan antara 2018 hingga 2021. 

Permohonan reman berkenaan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibenarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor. 

Kelima-lima suspek tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi tadi dengan diiringi pegawai SPRM bagi menjalani prosedur reman. 

Mereka dibawa keluar dari lokap mahkamah kira-kira 20 minit kemudian. 

Kesemua tahanan yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren itu dibawa menaiki dua kenderaan berbeza dengan tangan bergari. 

SPRM semalam menahan 11 individu termasuk sembilan anggota penguatkuasa ketika kesemua mereka dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah dekat sini, antara 10 pagi hingga 12 tengah hari. 

Mereka yang ditahan berusia antara 30-an hingga 50-an, terdiri daripada sembilan anggota penguatkuasa yang berkhidmat di Kuala Kedah, Batu Uban dan Langkawi. 

Dua lagi suspek ialah orang awam, dipercayai individu yang terlibat memberi rasuah. 

Daripada kesemua yang ditahan, enam dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas memberi keterangan, semalam. 

Getaran diberitahu, anggota penguatkuasa terlibat meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot serta 'runner', sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. 

Difahamkan, terdapat sembilan anggota penguatkuasa yang terlibat dalam kegiatan itu dan kesemua mereka menerima wang rasuah yang dimasukkan ke akaun peribadi masing-masing, bernilai antara RM300 hingga RM7,000.  

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Getaran 12 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah