web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kasino Genting Highland Tutup Mulai Tengah Malam - Ketua Polis Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 6:55PM

Kasino di Genting Highland ditutup sepenuhnya mulai tengah malam ini. - Gambar Rwgenting.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua operasi membabitkan kasino di pusat peranginan Genting Highlands, dekat Bentong, ditutup sepenuhnya bermula tengah malam ini. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika diminta mengulas mengenai aktiviti di kasino berkenaan yang  masih berjalan seperti biasa, walaupun selepas dikaitkan dengan beberapa kes positif COVID-19. 

"Buat masa ini, (kasino) masih beroperasi dan kita sudah mengarahkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan pemantauan bagi memastikan pihak terbabit mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa tengah malam ini," katanya kepada Getaran di sini hari ini. 

Beliau berkata, kebanyakan premis lain di sekitar pusat peranginan terbabit sudah menghentikan operasi mereka sejak minggu lalu, sebaik berita mengenai penularan kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan tersebar. 

"Kita tidak mengeluarkan kompaun kepada mereka (pengendali kasino) kerana mereka mempunyai kebenaran untuk beroperasi, " katanya lagi. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 7 Mei lalu, mengesahkan bahawa 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah yang dikatakan mengunjungi Genting Highlands, positif Covid-19.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan pelancong terbabit dijangkiti virus maut itu kerana mengunjungi kasino berkenaan atau dari lokasi lain.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan SOP terhadap sektor ekonomi, berkuatkuasa esok. 

Difahamkan, operasi pusat perjudian berlesen termasuk kasino terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. – Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia