web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKD Teliti Keperluan Melesen Platform TikTok, Meta, Google - Fahmi

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:15PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ditemui media selepas menziarahi dan menyantuni penerbit rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Irwan Budi Annuar yang sedang menghidapi komplikasi buah pinggang dan paru-paru, pada program Kasih@HAWANA 2023 di kediaman Irwan Budi di Petra Jaya, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan untuk melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak platform berkenaan sudah dijalankan, bagi memperhalusi perkara itu yang bertujuan memberi pulangan kepada industri media negara ini.

“Setelah pertemuan MCMC dan KKD dengan beberapa paltform media sosial yang besar Google, Meta dan TikTok, saya telah bincang beberapa perkara dengan MCMC untuk meneliti keperluan untuk kita mendaftar dan melesenkan beberapa platform ini.

“Kita melihat banyak kandungan yang dihasilkan organisasi media Malaysia, dimanfaatkan di media sosial yang terdapat di platform besar ini, tetapi pulangan untuk media kita (Malaysia) sangat kurang,” katanya ketika ditemui pemberita di program Kasih@HAWANA 2023 di sini, hari ini.

Fahmi berkata, mekanisme seperti melesen dan mendaftar ketiga-tiga platform media itu, perlu dipertimbangkan sebagai langkah memastikan ekosistem industri media negara terus mampan. 

“Kita bukan hanya nak bantu wartawan dan kakitangan yang menghadapi masa sukar tetapi juga membantu industri media itu sendiri,” katanya.

Ogos lalu, Fahmi dalam ciapan di platform X memaklumkan, inisiatif itu dijangka akan sedikit sebanyak membantu industri media menjana pendapatan tambahan.

Beliau berkata sebagai menteri dalam kerajaan, beliau sendiri perlu memainkan peranan untuk memastikan nasib kakitangan media di negara terbela. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Sukan 4 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM