web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jadikan Maqasid Syariah Kerangka Asas Dalam Penyampaian Perkhidmatan - Agong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 1:53PM

Yang di-Pertuan Agong (dua, kiri) berkenan menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul kepada Syed Othman Syed Husin Al-Habshi (tiga, kiri) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Maqasid syariah perlu dijadikan kerangka asas dalam penyampaian perkhidmatan, agar kemaslahatan rakyat yang menjadi tanggungjawab kerajaan dapat terus dipelihara.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Rasulullah SAW hadir sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam dan hanya mereka yang mengikuti jejak baginda berpeluang memperoleh rahmat tersebut.

Titah baginda, tahap cinta kepada Allah SWT boleh diukur menerusi kepatuhan dan sejauh mana umat Islam mengikuti ajaran Rasulullah SAW.

“Beta optimis bahawa negara kita akan mencapai puncak kejayaan hakiki apabila syariat Islam dan nilai-nilai murni serta ketinggian akhlak yang dibawa oleh Rasulullah SAW menjadi tatanan tadbir uus negarq.

“Sesungguhnya ketaatan dan kecintaan kepada Allah SWT serta Rasulullah SAW ialah kunci syurga kepada setiap umat Islam,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. 

Maulidur Rasul tahun ini menggunakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ sebagai tema.

Pada acara sama, Yang di-Pertuan Agong turut menitahkan rakyat untuk terus berpegang kepada tuntutan Allah SWT dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

 Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 - gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 - gambar BERNAMA

Titah baginda, ia membolehkan kerajaan membangunkan sebuah negara yang bertamadun, harmoni dan sejahtera dengan rakyat yang menjiwai sifat-sifat ‘karamatul insan’.

“Rasulullah SAW tegas dalam memelihara integriti dan akauntabiliti. Amanah yang digalas baginda tidak langsung dicemari semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi.

“Baginda sentiasa berpegang teguh kepada prinsip keadilan dalam semua urusan negara dan paling terutama dalam memelihara kemaslahatan ummah,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah bertitah, ajaran Islam dibawa Rasulullah SAW juga mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia, termasuk dalam mengemudi dan memerintah sebuah negara yang penuh rencam dengan pelbagai puak dan agama.

Siray Rasulullah SAW juga titah baginda, mencerminkan kepakaran Pesuruh Allah itu dalam mentadbir sebuah negara.

“Dari aspek ekonomi, baginda telah memberi tumpuan kepada pengurusan sumber dan agihan kekayaan secara cekap, mempelbagaikan sektor ekonomi dan menitikberatkan kepentingan sosial serta merangka program untuk meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi rakyat.

“Baginda tidak segan silu mendekati golongan terpinggir dalam kalangan mereka yang miskin, lemah dan kurang berada dan seterusnya berusaha keras membawa golongan ini keluar dari kesempitan hidup.

“Mengakhiri titah, marilah kita bertekad dan beriltizam untuk terus menghidupkan syariat dan syiar dibawa Rasulullah SAW,” titah Yang di-Pertuan Agong. - Getaran, 28 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global