web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Larang Perarakan Kereta Berhias Hari Wesak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2021 2:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Perarakan kereta berhias Buddha tidak dibenarkan di seluruh negeri ini sempena sambutan Hari Wesak esok.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan mengelakkan risiko penularan COVID-19 yang kini mencecah tiga angka sejak beberapa hari lalu.

“Pada masa sama, perbincangan yang dilakukan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri memutuskan bahawa jumlah kehadiran orang ramai di rumah ibadat bukan Islam hanya dibenarkan untuk 1/3 kapasiti ruang atau 50 orang dalam satu masa.

“Jumlah pengunjung itu bergantung kepada yang mana lebih rendah, selain tiada aktiviti rentas daerah dibenarkan sehingga 7 Jun depan, dan orang ramai juga hanya dibenarkan berada di rumah ibadat selama satu jam bagi setiap sesi antara jam 6 pagi hingga 2 petang sahaja,” katanya.

Menurut Masidi, pihak berkuasa akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Sementara itu, sebanyak 184 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh negeri, semalam, menyaksikan Tawau menjadi daerah tertinggi iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Kalabakan (35) dan Kota Kinabalu (25).

“Terdapat dua kluster baharu direkodkan iaitu Taman Deluxe, Penampang, membabitkan jangkitan komuniti ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri dan rentas daerah dari Kampung Bubul Batu 2, Semporna.

“Kes berkemungkinan berpunca dari sambutan Aidilfitri antara 13 hingga 15 Mei, sebelum indeks seorang wanita, 68, bergerak ke kediaman anaknya di Taman Deluxe, dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Mei lalu,” katanya.

Hasil ujian saringan kontak rapat 12 daripada 14 sampel disahkan positif COVID-19.

Tambah Masidi, kluster kedua dilaporkan berlaku di Kampung Padawan, Papar, membabitkan kes indeks seorang wanita, 50 dari Kampung Dambai Inanam bersama tiga anaknya disahkan positif COVID-19 pada 22 Mei lalu.

“Jangkitan dipercayai berlaku ketika menghadiri majlis pengebumian di Kampung Padawan pada 17 Mei lalu,” katanya.

Beliau menambah, hasil siasatan mendapati majlis tersebut turut dihadiri ahli keluarga dari beberapa daerah, selain wujud perlanggaran SOP selama tiga hari, susulan aktiviti yang dilakukan beramai-ramai.

“Terdapat empat lokaliti diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 26 Mei (esok) sehingga 8 Jun depan.

“Lokasi tersebut adalah Taman Seri Ketiau (Putatan), Taman Desa Seri Ketiau (Putatan), Ladang Felda Global Ventures Kalabakan Selatan (Kalabakan) dan Kampung Sungai Imam (Tawau),” katanya.

Sementara itu, Perintah Kawalan Diperketat (PKPD) di Felda Umas, Kalabakan ditamatkan hari ini, selepas trend kes menunjukkan keadaan terkawal. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia