web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penggunaan Plastik Sekali Guna Ditamatkan Secara Berperingkat - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:07AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.  

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya juga sedang mencari jalan untuk menggalakkan usahawan sektor tidak formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar dalam komuniti supaya menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh terbiodegradasi.

"Kita perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh terbiodegradasi kerana pada masa ini, kebanyakannya masih perlu dibawa ke kilang atau loji dan dibiodegrad dalam persekitaran yang terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis membina rangkaian di sini, semalam.

Majlis itu anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023. 

Beliau berkata SIRIM juga sudah mengeluarkan Label Eko bagi memastikan produk dalam pasaran adalah palsu dan mengelirukan pengguna.

"Pada masa sama, kami menggalakkan seramai mungkin pemain industri beralih kepada penggunaan plastik terbiodegradasi," katanya.

Label Eko SIRIM adalah Program Pelabelan Eko Kebangsaan Malaysia yang memberikan kelebihan daya saing berbanding produk serupa dalam pasaran yang mengutamakan alam sekitar.

Nik Nazmi berkata, walaupun kos plastik konvensional adalah 10 peratus lebih rendah berbanding plastik terbiodegradasi, peningkatan dalam penggunaan plastik terbiodegradasi adalah positif.

Ditanya sama ada lebih banyak inisiatif akan diumum dalam Belanjawan 2024, beliau berkata dasar semasa adalah mencukupi dan tiada perkara baharu yang dijangka diumum dalam masa terdekat.

"Saya rasa jika kita mengikuti pelan hala tuju serta Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030, kita akan dapat mencapai banyak perkara. 

"Antara usaha yang dijalankan ialah menjalin kerjasama dengan The Ocean Cleanup untuk melaksanakan teknologi pemintas yang akan membantu meningkatkan kutipan untuk kitar semula dan mengelak daripada sisa plastik bocor ke lautan," katanya. 

Nik Nazmi juga berkata dari segi melibatkan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri dalam inisiatif hijaunya, terdapat keperluan untuk memiliki piawaian minimum supaya ia boleh menggalakkan mereka bersaing antara satu sama lain dan mengetengahkan perkembangan mereka dalam mengatasi cabaran. 

"Kita perlu mendorong pihak berkuasa tempatan untuk bergerak seiring kerana sesetengahnya bergerak begitu pantas manakala yang lain ketinggalan.

“Kita perlu bekerjasama dan melibatkan diri dengan semua pihak berkepentingan secara kreatif serta melihat alternatif lain yang boleh diketengah jika kita tidak dapat menghapuskan penggunaan plastik sepenuhnya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

3

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Nik Nazmi Serah Surat Tuntutan Kepada Chegubard

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia