web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurangkan Kekerapan Tren, Keputusan Prasarana Terima Kecaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2021 2:35PM

Tajuddin Abdul Rahman meninjau terowong, lokasi di mana 2 tren LRT bertembung berhampiran Stesen LRT KLCC di sini malam tadi, - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk mengurangkan perjalanan semua perkhidmatan rel transit di bawah Myrapid disifatkan sebagai satu tindakan yang amat tidak rasional dan berisiko tinggi.

Mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengurangan itu hanya akan menambah kesesakan dalam semua gerabak, satu tindakan yang amat tidak bersesuaian, di kala negara sedang bertungkus lumus mengekang penularan COVID-19.

“Logik mudah, tetapi kerajaan buat salah. Sepatutnya kalau tidak mahu penumpang berhimpit dalam tren, tambahlah kekerapan tren. Baru lega dan boleh mengawal jumlah trafik penumpang.

“Ini kalau datang 1 tren setiap 30 minit, semua bersesaklah dalam tren. Aduhai!,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nizam turut meluahkan rasa kesal dengan keputusan tersebut.

“Sebab SOP baru di tren inilah, menyebabkan orang ramai beratur macam sardin.

“Kalau macam ini, jarak satu meter semua ke laut. Caca marba punya SOP,” katanya dalam satu ciapan.

Terdahulu, Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak memaklumkan pihaknya akan mengurangkan perjalanan di setiap rel transit melibatkan semua  Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel,  selaras dengan keputusan kerajaan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Tajuddin juga memaklumkan, tren di semua laluan akan beroperasi setiap 10 minit pada waktu puncak mencakupi 7 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

“Di luar waktu puncak, perkhidmatan tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit,” katanya.

Pengoperasian semua sistem rel di bawah Prasarana pula akan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 11 malam.

Ia  terpakai untuk semua perkhidmatan pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan kekerapan setiap 30 minit sepanjang hari. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia