web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sokong Israel Secara Halus, Netizen Kata RPK ‘Dah Tua Pun Bodoh!’ 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 9:05AM

Kesan serangan di Semenanjung Gaza - gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Blogger Raja Petra Kamaruddin tidak pernah sunyi dari kontroversi walaupun selepas berhijrah ke luar negara.

Terbaru, beliau yang kini menetap di Manchester, England menjadi sasaran kemarahan selepas memuat naik ciapan berkenaan serangan terbaru Israel ke atas Palestin.

Raja Petra Kamaruddin
Raja Petra Kamaruddin

Dilihat seolah-olah menyokong Zionis secara halus, Raja Petra menerusi ciapan berkenaan berkata, rakyat Malaysia tidak berhak untuk memberikan sebarang komen kerana mereka bukan menetap di Israel.

Many people tell me I must not comment on Malaysia since I don’t live in Malaysia. 

“I hope Malaysians who do not live in Israel will not comment on Palestine. (Ramai orang memberitahu saya tidak sepatutnya membuat sebarang komen mengenai Malaysia kerana tidak menetap di sana. Saya harap rakyat Malaysia yang tidak menetap di Israel tidak membuat sebarang komen mengenai Palestin).

Ciapan berkenaan yang disifatkan sebagai keterlaluan pantas menerima respon pengguna X, dengan majoriti menganggap perbandingan dibuat amat tidak logik.

Sentimen kemarahan netizen itu juga dilihat berasas, memandangkan Palestin kini berdepan serangan roket besar-besaran oleh rejim Zionis.

Elmi di akaun @elmielmo berkata, analogi diberikan Raja Petra itu jelas tidak munasabah.

“Punyalah bodoh punya perbandingan,” katanya, berang.

Turut meluahkan kemarahan ialah Januar Haikal.

Menggunakan handle @Januarhaikal,  beliau berkata, kebijakan berfikir yang sepatutnya dimiliki insan lebih berusia bagaimanapun tidak berlaku ke atas Raja Petra.

“Jarang jumpa orang tua yang bodoh,” katanya sinis.

Tangkap layar serangan roket dilepaskan pejuang Palestin ke arah Israel - gambar X
Tangkap layar serangan roket dilepaskan pejuang Palestin ke arah Israel - gambar X

Wartawan hiburan terkemuka, Saniboey Mohd Ismail pula menggesa kerabat Diraja Selangor itu untuk tidak menjadi bodoh.

“Let’s just not be stupid please (tolonglah jangan jadi bodoh),” ciapnya.

Sementara itu, Hafiz Rahim di @Hafizmdrahim memberitahu, perbandingan digunakan Raja Petra tidak kerana keganasan ke atas Palestin tersebut bukan isu politik

“Hang comment Malaysia psl politik.. org komen pasal Palestine bukan sbb politik, itu sbb Israel memerangi Islam. Bengong punya comparison,” katanya dengan nada marah.

Serangan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak beberapa hari lalu menerima balasan yang tidak kurang hebat daripada Hamas dan Briged Al Qassam.

Bukan hanya sekadar membalas dengan tembakan roket, mereka juga berjaya menculik beberapa anggota tentera Rejim Zionis.

Keganasan terbaru Israel itu dikutuk di seluruh dunia, termasuk oleh rakyat Amerika Syarikat (AS) walaupun diketahui ramai pemimpin negara berkenaan ialah sekutu rapat Israel. - Getaran, 9 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan