web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kecuaian Manusia Dipercayai Punca Nahas LRT - Wee Ka Siong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2021 3:50PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya semalam dipercayai berpunca daripada kecuaian manusia, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Menurut beliau, siasatan awal pasukan penyiasat khas kementerian mendapati, pertembungan itu berlaku apabila tren bernombor siri TR40 tanpa penumpang itu tergelincir masuk ke landasan bertentangan, ketika dalam perjalanan dari Gombak ke depoh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di Subang, sebelum melanggar tren TR81 yang berpenumpang.

Katanya, TR40 pada jam 8.21 malam telah bergerak secara Automated Train Operation (ATO) dan kemudiannya mengalami kegagalan, lalu berhenti semasa menghampiri platform Stesen Kg. Baru.

“Kegagalan TR40 untuk bergerak secara ATO adalah disebabkan sistem yang berhenti secara tiba-tiba.

“Pusat Pengawalan Operasi (OCC) telah mengenal pasti kedudukan TR40 serta mengarahkan pemandu (hostler) memandu TR40 secara manual dari Stesen Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi, dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada semua tren di arah selatan meneruskan perjalanan masing-masing,” katanya.

TR81 yang beroperasi secara automatik pula jelas beliau, berada dalam keadaan statik di platform Stesen KLCC arah selatan, sebelum berlepas dari Stesen KLCC ke Stesen Kampung Baru pada jam 8.24 malam, sebaik menerima maklumat bahawa TR40 telah beredar dari lokasi itu.

“Pada jam 8.33 malam, pemandu tren telah mengubungi OCC dan memaklumkan bahawa TR40 bertembung dengan sebuah tren dan seminit selepas itu, TR81 telah dikenalpasti sebagai tren yang telah bertembung dengan TR40,” jelas Ka Siong lagi.

Beliau memberitahu, seramai 21 mangsa masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur setakat jam 7.55 pagi tadi, dengan enam daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, manakala 15 lagi disahkan sebagai separa kritikal.

“Daripada 64 orang yang dikejarkan ke HKL, seramai 43 orang mangsa telah diberi rawatan pesakit luar. Bantuan kewangan khas berjumlah RM1,000 juga akan diberikan kepada semua 213 penumpang.

“PRASARANA juga akan menampung segala kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya bersesuaian dengan kecederaan yang ditanggung oleh para penumpang termasuk bantuan sara hidup bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat insiden ini,” katanya, memberi jaminan.

Ka Siong juga memberitahu, arahan rasmi untuk melakukan penyiasatan akan disediakan dan ditandatangani olehnya, selaku Menteri Pengangkutan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010) – Getaran, 25 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

4

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia