web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petugas Media Akan Terima Vaksin COVID-19 Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 7:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 5,867 petugas media daripada 114 agensi media berdaftar akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Katanya keputusan dibuat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengutamakan petugas barisan hadapan termasuk guru dan pengamal media.

“Janji temu akan diberikan secepat mungkin selepas CITF menerima butiran mereka,” katanya pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini.

Menurutnya, CITF telah bekerjasama dengan Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta persatuan wartawan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi tujuan pengumpulan nama petugas media yang aktif menjalankan kerja di lapangan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mei 2019 hingga 30 April 2021.

Khairy pada sidang media sama sebelum ini memaklumkan bahawa petugas media akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada bulan ini memandangkan golongan tersebut berisiko mendapat jangkitan COVID-19 ketika bertugas di lapangan.

Dalam perkembangan lain, Khairy memberi jaminan bahawa vaksin Sinovac yang dibotolkan Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd adalah berkualiti, sekali gus menyangkal dakwaan kononnya berkualiti rendah berbanding keluaran asal Sinovac Lifesciences Co Ltd dari China.

Memperincikan proses fill and finish anak syarikat Pharmaniaga Bhd itu, beliau berkata ia mematuhi setiap garis panduan validasi serta kawalan kualiti oleh Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Proses ketat perlu dipatuhi selain pemeriksaan oleh NPRA bagi memastikan tahap keselamatan vaksin COVID-19 sebelum dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin.

“Ini bermakna kualiti vaksin fill and finish ini mempunyai kualiti sama dengan vaksin dari fasiliti Sinovac di Beijing, China,” katanya.

Kerajaan dilaporkan akan mempunyai bekalan 8.2 juta dos vaksin Sinovac menjelang akhir Jun dengan 3.8 juta daripadanya melalui proses secara fill and finish oleh Pharmaniaga Life Science. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Berkenan Terima Menghadap PM China Li Qiang

4

Semasa 3 bulan yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia