web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terlalu ‘Ligat’ Bekerja, Netizen Rayu PM Berehat

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 9:40AM

Perdana Menteri (kanan) usai menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ilmi di Kampung Dato’ Ahmad Razali, Dengkil - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada November tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dilihat ‘berehat’ panjang.

Kelibatnya ada di mana-mana, malah tenaganya persis orang muda, walaupun usianya menginjak 76, tahun ini.

Langkahnya masih tegap dan pantas, malah sukar disaingi oleh individu yang jauh lebih muda.

Sering dilihat dalam mana-mana rakaman, pegawai atau anggota Kabinet yang mengiringi beliau perlu ‘berusaha keras’ agar mampu melangkah seiringan.

Melihat senario ini, netizen Sarah di akaun @NfiaW1 menerusi bebenang di X merayu agar Perdana Menteri berehat sebentar dari terus ligat menjalankan tugas rasmi.

“Tolonglah sesiapa yang dekat dgn PMX tu, nasihat dan mintak PMX rehat sekejap. Aku tengok kisah2 Palestine menangis, tengok PMX pun aku nangis. Tak berhenti2 kerja.

Sir @anwaribrahim please rest well. Malaysia needs you more than ever,” ciapnya.

Menurut Sarah, kudrat Perdana Menteri begitu luar biasa, hingga dia yang masih muda terasa ‘lelah’ mengikuti setiap pergerakan Anwar, seperti dilaporkan media.

“Jangan kata yg oversea, yg travel dalam negara by car pun penat semacam. Memang qada tidur esoknya,” katanya mengulas aktiviti terkini Perdana Menteri, yang sempat menghadiri dua acara, sejurus tiba di tanah air selepas melakukan lawatan rasmi ke Kaherah, Mesir.

Perdana Menteri berucap di Himpunan Malaysia Bersama Palestin. Beliau beberapa jam sebelum itu terlebih dahulu menghadiri majlis makan malam alumni Majlis Belia Malaysia, walaupun baru tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi ke Kaherah, Mesir. - gambar PMO
Perdana Menteri berucap di Himpunan Malaysia Bersama Palestin. Beliau beberapa jam sebelum itu terlebih dahulu menghadiri majlis makan malam alumni Majlis Belia Malaysia, walaupun baru tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi ke Kaherah, Mesir. - gambar PMO

Membalas bebenang, MK X atau @missing_itaewon berkata, berjalan laju seperti sering dilakukan Anwar adalah sunnah Rasulullah SAW.

“Abu Hurairah berkata:

“Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah, matahari seolah-olah beredar pada wajahnya. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah, bumi ini seolah-olah dilipat untuknya. Kami selalu berusaha dengan sedaya upaya (melakukan hal yang sama;berjalan laju) dan Baginda tidak pun perlu bersusah-payah untuk itu.

[Syamail Muhammad Imam Tirmizi]

“Daripada Abu Hurairah RA dia berkata:

“Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah)…..

[Sebahagian hadith dari Riwayat Muslim],” ciapnya.

MK X juga mengakui, Perdana Menteri sering dijadikan contoh apabila keletihan bekerja mula menguasai diri.

“Tu lah, kadang bila rasa letih badan kerja…tengok Anwar Ibrahim PMX ni energetic dan bertenaga je sihat even umur 76 tahun dah, kuat dan sihat.

“Jalan laju..kerja non-stop demi Malaysia..Ada orang yang umur sebaya beliau pun dah ada penyakit macam2, pakai tongkat lah nak bangkit dari seat kereta pun nampak se’eh.. semoga Allah sentiasa berikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada PMX untuk terus mengemudi Malaysia ke arah lebih baik!!!,” ciapnya. - Getaran, 29 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'