web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jambatan Retak Di Pulau Pinang Palsu - LLM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2023 1:00PM

Kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia mengenai struktur jambatan di Pulau Pinang. gambar FB LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini memaklumkan bahawa video tular yang memaparkan berlaku keretakan pada sebahagian struktur jambatan di Pulau Pinang adalah palsu.

LLM dalam kenyataan hari ini menegaskan kejadian itu tidak berlaku di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS).

“Hasil siasatan oleh PLUS Malaysia Berhad dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mendapati kejadian itu tidak berlaku di mana-mana bahagian struktur JPP dan JSAHMS. Pihak JKSB hari ini telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu terbabit,” menurut kenyataan itu.

LLM menasihati semua pihak supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan salah faham dan kebimbangan rakyat terutamanya pengguna JPP dan JSAHMS.

Semalam, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kejadian itu bukan berlaku di JSAHMS, malah video tular itu adalah rakaman lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pertubuhan Gesa Baiki Infrastruktur Daif Di Pedalaman Sarawak

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia