web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konflik Palestin Bukan Isu Agama Semata-Mata - Vinod Sekhar

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 8:36PM

Kanak-kanak seharusnya tidak menjadi mangsa kekejaman kerana mereka adalah simbol masa depan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konflik yang berlaku di Palestin bukan hanya berpaksikan agama semata-mata, kerana ia turut melibatkan penduduk beragama Kristian.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk Dr Vinod Sekhar berkata, pertempuran berkenaan jugq bukan satu peperangan seperti didakwa rejim Zionis.

Menurut beliau, kekejaman Israel sudah jelas terbukti tetapi malangnya dunia Barat masih membisu.

“Ia bukan perang! Perang apa yang meragut lebih 3,000 nyawa kanak-kanak dalam tempoh seminggu?

“Perang apa yang melabel kanak-kanak sebagai pengganas? Bilakah dunia Barat akan berdiri dan bertanggungjawab kerana membenarkan jenayah kemanusiaan ini berlaku,” katanya.

Berang dengan hipokrasi itu, Vinod berkata, seluruh anggota Kabinet Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu adalah penjenayah perang yang perlu dihukum.

“Dengan terang dan nyata mereka melaksanakan genosid dan penghapusan etnik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk Dr Vinod Sekhar.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk Dr Vinod Sekhar.

Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia dan seluruh dunia sedikit sebanyak turut bersalah atas kezaliman yang menimpa penduduk Palestin.

Jelasnya, kerajaan seluruh dunia harus bertindak dan memikul tanggungjawab.

“Lebih lama kita bertangguh untuk bertindak, lebih banyak darah yang terpalit pada tangan kita.

“Apalah gunanya kita memperjuangkan isu perubahan iklim atau kebersihan laut jika kita gagal melindungi nasib kanak-kanak yang sepatutnya mengecap semua hasil perjuangan itu,” keluhnya.

Tegas Vinod, semua negara perlu mematuhi perundangan antarabangsa dan resolusi diluluskan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita tidak boleh membiarkan satu entiti ini berasa yang mereka istimewa dan berhak melanggar undang-undang ditetapkan.

“Ketamadunan dinilai berdasarkan layanan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak ini adalah simbol masa depan, jadi apa agaknya masa depan yang bakal dicorakkan (jika kezaliman terus berlaku),” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini