web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Teknikal Punca Kesukaran Tempah Slot AstraZeneca - CITF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:28AM

Laman media sosial semalam dipenuhi dengan rasa tidak puas hati pengguna yang tidak berjaya mendapat slot tempahan vaksin AstraZeneca. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gangguan teknikal yang berlaku sewaktu tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela (pusingan kedua) dibuka tengah hari semalam, menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman sesawang Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Dalam kenyataan semalam CITF memaklumkan, ia memandang serius masalah teknikal yang dihadapi dan tindakan akan diambil kepada pihak yang berkenaan, demi kepentingan awam dan negara.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai, dalam membuat percubaan tempahan tersebut.

“Suka kami mengulangi bahawa mereka yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah program itu terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan dalam bulan-bulan mendatang,” katanya.

Menurut CITF, sebanyak 956,609 tempahan dos vaksin AstraZeneca bagi penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, telah dipenuhi semalam.

“Inisiatif ini yang telah dibuka kepada penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak telah habis ditempah dalam masa lebih kurang satu jam selepas tempahan dibuka,” katanya.

Sebanyak 1,261,000 dos vaksin AstraZeneca telah ditawarkan, di mana 275,208 dos telah ditempah oleh warga emas sewaktu inisiatif tersebut mula dibuka daripada 23 Mei sehingga semalam. 

Sementara 29,183 orang dalam senarai menunggu vaksin AstraZeneca sebelum ini, telah dimasukkan ke dalam senarai giliran kali ini, menurut CITF.

CITF mengucapkan terima kasih di atas sambutan baik orang ramai yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing, bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan.

Laman media sosial semalam dipenuhi dengan rasa tidak puas hati pengguna, yang tidak berjaya mendapat slot tempahan AstraZeneca. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia