web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aduan Pembakaran Terbuka Di Kelantan Meningkat Hampir 80 Peratus - JAS

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 8:04PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Aduan berkaitan pembakaran terbuka di Kelantan mencatatkan peningkatan hampir 80 peratus iaitu 105 kes sejak Januari hingga Oktober lalu berbanding 75 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata, jajahan Kota Bharu mencatatkan aduan tertinggi iaitu 55 kes diikuti Bachok (14 kes) dan Pasir Mas (13 kes).

"Pada tahun ini, dari Januari hingga Oktober sebanyak 188 aduan kita (JAS) terima berkaitan alam sekitar iaitu 137 kes berkaitan udara dan selebihnya melibatkan air, kumbahan dan sebagainya.

"Kebanyakan aduan mengenai pembakaran terbuka ini diterima daripada kawasan yang mudah terbakar dan berdekatan dengan penempatan penduduk seperti tapak pelupusan sampah dan tanah gambut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Orang Dasar Sabak Peka Pembakaran Terbuka di Pantai Dasar Sabak di sini, hari ini.

Wan Aminordin berkata, pihaknya sentiasa melakukan rondaan untuk mengenal pasti kawasan yang terlibat dengan pembakaran terbuka, selain memberi nasihat kepada individu atau kumpulan yang melakukan aktiviti terbabit dan sekiranya masih ingkar, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada pelaku.

Beliau berkata, pihak yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan mahkamah di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

"Saya harap masyarakat bekerjasama dengan JAS dengan melaporkan kepada kami mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab supaya dibawa ke muka pengadilan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan