web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mayat Pemuda Lemas Selamatkan Adik Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 9:54AM

Operasi mencari dan menyelamat akhirnya berjaya menemui mangsa jam 3.30 pagi hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HUTAN MELINTANG - Selepas lebih 30 jam hilang, akhirnya mayat lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Perak berdekatan Tebing Rebak, di sini, ditemui jam 3.30 pagi tadi.

Mayat, Muhammad Amirnur Hadi Ahmad Kamal, 21, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi, Selangor, itu ditemui 100 meter dari lokasi dia dipercayai lemas.

Difahamkan, mangsa dihanyutkan arus deras sebaik menyelamatkan adiknya yang lemas di sungai berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, usaha mencari dijalankan tanpa putus asa dan akhirnya mayat mangsa berjaya ditemui pagi ini.

“Usaha mencari dan menyelamat yang bermula sejak jam 6.45 petang kelmarin (Selasa) terpaksa diperluaskan sehingga tujuh kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas, disebabkan sungai berkenaan yang luas.

“Dengan usaha berterusan dari semua pihak, akhirnya mayat mangsa berjaya ditemui,” katanya di sini, hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, operasi ditamatkan pada jam 6 pagi sebaik mayat mangsa berjaya ditemui.

Getaran semalam melaporkan mangsa bersama rakan-rakan serta adiknya berusia 15 tahun dipercayai mandi di sungai berkenaan sebelum adik mangsa secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

Mangsa kemudiannya dipercayai bertindak menyelamatkan adiknya dan berjaya menolak remaja terbabit ke atas bot orang kampung yang kebetulan berada di situ sebelum dia sendiri dihanyutkan arus deras. - Getaran, 27 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 18 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar