web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Varian India Di Labuan, Sabah Sekat Keluar Masuk Sempadan Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2021 10:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah menyekat pergerakan keluar masuk dari Wilayah Persekutuan Labuan serta-merta, berikutan kewujudan virus COVID-19 varian India di sana.

Keputusan berkenaan diumumkan Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun di sini, semalam.

“Ia penting bagi mengurangkan risiko penyebaran varian berkenaan khususnya di negeri ini yang terletak berhampiran dengan Labuan.

“Bagaimanapun pengecualian dilakukan ke atas Essential Service dan Essential Goods, keselamatan, kesihatan (perubatan) dan pihak yang telah mendapat kebenaran khas dalam usaha menyekat varian tersebut menular ke negeri ini,” katanya.

Selain itu, perkhidmatan feri awam juga hanya dibenarkan beroperasi melibatkan keperluan Essential Service dan Essential Goods.

Tambah Masidi, Kerajaan Negeri juga tidak akan mempertimbangkan permohonan kebenaran bagi pasangan jarak jauh bermula 28 Mei sehingga 7 Jun depan.

“Bagi perkembangan kes COVID-19 di Sabah, terdapat dua kluster baharu direkodkan membabitkan Sungai Pukul, Tawau dan Kauran-Durok, Keningau.

“Kedua-dua kluster baharu itu membabitkan jangkitan menerusi aktiviti kunjungan ketika Hari Raya Aidilfitri dan menyebabkan 31 kes positif COVID-19 direkodkan,” katanya.

Secara keseluruhan sebanyak 229 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sabah dengan satu kematian di Kota Belud, semalam.

Sebanyak lapan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan bermula esok sehingga 10 Jun depan.

Ia membabitkan empat kampung di Kunak iaitu Kabog, Kabog Baru, Kunak Darat dan Kunak 3, Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik, Taman Desa Ranggu dan Taman Sawit Balung di Tawau serta Kampung Pirasan Ulu, Kota Belud. - Getaran, 27 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia