web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganggur Dipenjara 18 Tahun, Disebat 6 Kali Rogol Kanak-Kanak 7 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2021 2:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dalam kejadian di Simpang Renggam dekat sini, dua minggu lepas.

Hakim Mujib Saroji juga memerintahkan lelaki berumur 39 tahun dan belum berkahwin itu menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 15 Mei lalu.

Tertuduh mengaku merogol kanak-kanak perempuan berkenaan di bilik belakang sebuah rumah di sebuah kampung di Simpang Renggam pada 3.30 petang, 14 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon maaf atas perbuatannya itu dan merayu hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Muhamad Dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa bagi memberi pengajaran kepadanya dan orang awam.

Beliau berkata hukuman yang dijatuhkan perlu menunjukkan bahawa kerajaan dan mahkamah serius terhadap kesalahan merogol kanak-kanak kerana kes sedemikian merupakan jenayah berat.

Di mahkamah sama, seorang pemilik syarikat alat ganti kereta Tan Chuang Loong, 32, didakwa membunuh seorang lelaki K Ramachandran menggunakan sebatang paip polivinil klorida (PVC) di sebuah kilang di Jalan Perindustrian Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang.

Chuang Loong dituduh melakukan kesalahan itu antara 2.50 pagi hingga 4 pagi pada 15 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada  pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang  diwakili peguam Dr Abraham Mathew kerana kes bunuh  merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mahkamah menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes bagi pihak pendakwaan menyerahkan laporan bedah siasat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 6 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia