web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Kucing Sakit Dibiarkan Mati, Akan Dibuang Kalau Gagal Dijual' - NGO

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 9:44AM

Pengabaian terhadap haiwan peliharaan adalah satu kesalahan di sisi undang-undang - gambar Stray Free Foundation

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai haiwan di pusat beli belah  Mitsui di LaLaport Bukit Bintang di sini didakwa melakukan pengabaian ke atas puluhan kucing, termasuk gagal menyediakan rawatan untuk haiwan yang sakit.

Menerusi ciapan di X, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Stray Free Foundation berkata, pihaknya menerima beberapa keping foto yang dikongsi pengikut mereka di platform media sosial itu.

Katanya, pembiak kucing atau pemilik kedai terbabit tanpa rasa bersalah membiarkan semua kucing yang sakit bergaul tanpa kuarantin, sedangkan tindakan tersebut boleh mendatangkan pelbagai komplikasi.

“Ini keadaan sebuah pet store di LaLaport. Gambar dikongsi oleh follower kami. Tarikh kejadian 12 November 2023, masa 7.39 malam,” katanya menerusi ciapan berkenaan.

Pengendali akaun, @rubyrahman menerusi ciapan sama turut memuat naik alamat lengkap kedai terlibat dan menggesa pengikutnya membuat aduan kepada Jabatan Veterinar Malaysia.

“Lapan ekor kucing dalam sangkar kaca yang kecil. Ada yang sakit mata, ada yang sedang mengalami diarrhoea (cirit birit) & ada yang tidur dalam litter box.

“Lihat la sendiri macamana breeder dengan tiada rasa bersalah membiarkan kucing dalam keadaan sakit bercampur-aduk. Jika sudah dibawa ke vet untuk rawatan, setiap mereka harus dikuarantin secara berasingan & tidak dibiarkan tinggal dlm satu tempat yg sama,” katanya.

Tegas beliau, pemilik kedai juga didakwa akan membiarkan kucing yang sakit mati begitu sahaja dan membuang haiwan berkenaan sekiranya gagal dijual akibat sakit.

Minta tolong semua untuk buat report kepada @DVSMalaysia dengan menggunakan link https://awa.dvs.gov.my/support,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati, kedai dikatakan itu berada dalam keadaan kotor dan berbau busuk.

“Dah pernah pergi sekali. Dari luar tu pun bau kuat and tak bersih. Wish someone could save the cats,” kata @ayinreeen.

Pendapat senada dilahirkan @Crobbo_lion yang juga pernah mengunjungi kedai berkenaan.

“Hari tu ada pergi jugak, memang kucing dia yang untuk jual tu pun nampak macam tak cukup zat. Kucing dalam cat cafe ada yang sakit, mostly tak aktif, berebut nak treats macam tak cukup makan. Bau tu memang syahdu menusuk,” katanya. - Getaran, 14 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Ni Baru Betul Majikan, Kasi Buai Satu Kali!

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad