web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Geran Digital PMKS: Syarikat Yang 'Handle' Tolonglah Jujur, Kurangkanlah 'Sauk' Masuk Poket!

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2023 10:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menyiasat secara terperinci proses pemberian Geran Digital Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Madani berjumlah RM5,000 yang dianggap ‘meragukan’.

Seorang usahawan, Azra Rahman di X mendedahkan, geran berkenaan menerusi maklumat dikongsi Kementerian Kewangan, membolehkan usahawan PMKS menerima peranti atau kelengkapan perniagaan, termasuk mesin terminal kad atau sistem e-Pos.

Pemberian tersebut bagaimanapun dakwanya, ‘indah khabar dari rupa’ apabila pemohon hanya diberikan seunit peranti berkualiti rendah dengan harga kurang daripada RM1,000.

“Boleh apply satu barang je. Aku tanya mana pergi lagi RM4,000 dia just jawab, company bagi model ni je.

“Boleh ke YAB PMX @anwaribrahim semakkan isu ini dengan syarikat yang berdaftar dengan MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn Bhd). Kenapa begitu sekali penindasan dekat kami yang memerlukan geran,” katanya menerusi bebenang.

Akui Azra, RM5,000 itu mungkin kecil nilainya pada segelintir pihak, namun ia memberikan manfaat besar kepada usahawan mikro.

“Agak-agaklah bagi tablet RM800 untuk geran yang worth RM5,000, takde ke wakil kerajaan yang nak turun padang monitor and justify benda ni untuk para usahawan.

“Kot nak masuk poket pun, amik (ambil) % (percentage) sikit dahlah,” katanya, kesal.

Tegas beliau, usahawan PMKS yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa mengambil peranti ditawarkan kerana benar-benar memerlukan, tetapi ada juga kalangan mereka menjual semula peralatan diberi.

This is what happen bila bagi barang sekadar melepaskan batok di tangga. Asal cukup syarat. Come on, telus sikit dan monitor lah. Kurang-kuranglah perangai sauk masuk poket tu.

“Geran untuk bantu usahawan. Usahawan should make more money dengan bantuan geran yang diberikan. Bukan supplier yang make more money. Pakej-pakej yang company berdaftar offer untuk Geran Digital RM5,000 ni mostly ambil syarat je,” ujarnya.

Antara peranti 'spec' rendah yang dikatakan diberi oleh syarikat terlibat menguruskan Geran Digital - gambar X
Antara peranti 'spec' rendah yang dikatakan diberi oleh syarikat terlibat menguruskan Geran Digital - gambar X

Mengakui bersyukur dengan inisiatif berkenaan, Azra berkata ia bagaimanapun bukan alasan untuk syarikat berdaftar berbuat ala kadar.

You tell me, tablet RM800 for Geran RM5,000 is not penindasan? Just because we need, tak bermaksud kita akan butakan mata and terima,” katanya, berang.

Bebenang dihasilkan Azra itu ternyata menerima respon yang cukup mengejutkan.

Tinjauan Getaran mendapati, keadaan sama turut berlaku ke atas beberapa usahawan PMKS lain.

Fzrl atau @fzrlamin berkata, perkara didedahkan Azra itu sememangnya benar-benar berlaku.

“Ini betul. Saya pernah mohon untuk geran digital ni. Syarikat yang handle tu pun betul-betul sekadar handle permohonan. Lepas lulus hantar model ntah pape, dah la siap tinggal macam tu je tanpa apa-apa instruction pun macam mana nak guna software pos tu,” katanya kesal.

Antara peranti yang sepatutnya diterima pemohon berjaya - gambar X
Antara peranti yang sepatutnya diterima pemohon berjaya - gambar X

Syaza Jelita atau @syazarahizad pula berkata, syarikat yang menghubunginya ‘lesap’ secara tiba-tiba selepas menerima segala butiran diperlukan.

“Geran Digital tahun lepas. Company Marketing approach kata layak menerima. Kita pun hantarlah dokumen. Selesai, dia inform approve. Tiba-tiba hilang dari radar,” katanya. - Getaran, 16 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini