web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Muhyiddin Masih Ada Kes AMLA, Tidak Boleh Dapatkan Pasport Secara Kekal - Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2023 4:43PM

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pasport antarabangsanya diserahkan kepadanya secara kekal perlu ditolak oleh Mahkamah Sesyen di sini, berikutan bekas Perdana Menteri itu masih berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, selain terdapat risiko untuknya melarikan diri.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Wai Keong berkata, Muhyiddin sepatutnya membuat permohonan di Mahkamah Sesyen untuk pelepasan pasport sementara dari semasa ke semasa sekiranya diperlukan, untuk tujuan perjalanan ke luar negara.

“Oleh yang demikian, tiada isu untuk pelepasan pasport secara kekal wajar dipertimbangkan. Saya menegaskan bahawa permohonan pemohon (Muhyiddin) adalah tidak berasas, tidak munasabah dan menyusahkan proses mahkamah. Pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap pemohon sangat serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit balasan terhadap permohonan Muhyiddin, 76, supaya mahkamah mengubah jaminan bon yang dikenakan terhadap pemohon supaya pasport antarabangsanya, yang diserahkan kepada Mahkamah Sesyen sebagai syarat jaminan dilepaskan tanpa syarat.

Berhubung pertuduhan pengubahan wang haram, Lim berkata, pertuduhan itu boleh berdiri dengan sendiri, walaupun pertuduhan predikat (pertuduhan menggunakan kedudukan) telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. 

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi di sini, melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti BERSATU berkaitan projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Dalam afidavitnya, Lim turut menafikan wujudnya keadaan yang material dan ketidakadilan terhadap pemohon sekiranya syarat bon jaminan dikekalkan, kerana syarat itu telah dipersetujui oleh pemohon sendiri sebelum ini dan ia telah dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh mahkamah.

“Pemohon tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah, namun setiap kali tarikh sebutan, pemohon juga telah memohon pengecualian kehadiran ke mahkamah dan pihak responden (pendakwa raya) juga tidak pernah membantah permohonan pengecualian itu,” katanya.

Menurut Lim, walaupun terdapat syarat tambahan jaminan bon, pemohon masih boleh meneruskan kehidupan seharian dan hak-hak pemohon masih terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dalam permohonan yang difailkan pada 16 Oktober lalu berkata, beliau telah membuat perancangan bercuti bersama keluarganya di luar negara dan percutian itu penting untuk beliau meluangkan masa bersama keluarga, memandangkan tahun ini adalah tahun yang sangat tertekan bagi diri dan keluarganya.

Selain itu, Muhyiddin juga berhasrat untuk menjalani pemeriksaan jantung melalui ujian stres jantung atas treadmill di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, yang memerlukan beliau berjalan atau berlari di atas mesin berkenaan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 23 November ini untuk mendengar permohonan Muhyiddin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik BERSATU.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lalu, terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Pada 2 Oktober lalu, Muhyiddin memfailkan permohonan supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

2

Semasa 2 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tohmahan Siti Bainun Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen Tidak Berasas - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan