web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Memotong Tetapi Gagal, Kembar Maut Terlanggar Van

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 8:00AM

Kedua-dua mangsa menetap di Jeram dan bekerja sebagai penghantar barang sebuah syarikat kurier

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sepasang kembar lelaki berusia 18 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Rezab Derahman, Jeram dekat sini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata kejadian yang berlaku kira-kira 11.50 pagi semalam itu mengakibatkan kedua-dua pemuda itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Hasil siasatan mendapati motosikal yang dinaiki pasangan kembar itu cuba memotong sebuah van yang berada di laluan sama, bagaimanapun, van tersebut membelok ke kanan dan menyebabkan mangsa terlanggar bucu depan sebelah kanan van itu lalu hilang kawalan dan terbabas," katanya.

Beliau berkata pasangan kembar itu menetap di Jeram dan bekerja sebagai penghantar barang sebuah syarikat kurier di Puncak Alam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan