web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukuman Gantung Bekas Mekanik, Pasangan Edar Dadah Diganti Penjara 30 Tahun

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Nov 2023 7:53PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati yang dikenakan ke atas mereka kepada penjara 30 tahun.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang mengetuai panel tiga hakim, meringankan hukuman itu selepas menolak rayuan Lim Teck Hock dan Lee Sheue Ning terhadap sabitan kesalahan mereka.

Beliau berkata, dadah itu ditemui di dalam bilik tidur yang diduduki oleh kedua-dua perayu dan dakwaan mereka bahawa dadah itu milik dua orang lain adalah tidak munasabah.

Hakim Hadhariah, bagaimanapun berkata, mahkamah menggunakan budi bicara di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) untuk meringankan hukuman mati pasangan itu kepada penjara seumur hidup iaitu 30 tahun bagi setiap pertuduhan, yang bermula dari 1 November 2018, tarikh mereka ditangkap.

Hukuman penjara mereka berjalan serentak yang bermakna Lim dan Lee perlu menjalani hukuman penjara 30 tahun. Lim tidak dikenakan sebatan kerana berusia lebih 50 tahun.

Dua lagi hakim yang bersidang adalah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Lim, 63 dan Lee, 31, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 27 September tahun lalu kerana kesalahan mengedar 77.9 gram heroin dan monoacetylmorphines dan 1,517.3 gram methamphetamine di sebuah pangsapuri di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada jam 3.20 pagi, 1 November 2018.

Peguam P. Latsmanan dan Hussaini Abdul Rashid yang mewakili Lim dan Lee masing-masing berhujah bahawa dadah itu milik dua lagi individu yang turut ditahan polis kerana kesalahan dadah.

Latsmanan berkata, kedua-dua individu berkenaan tinggal di pangsapuri yang disewa itu beberapa hari sebelum perayu berpindah. Beliau berkata, perayu itu bukan suami isteri tetapi tinggal bersama.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz berhujah bahawa dadah itu milik perayu kerana dijumpai di bilik tidur utama yang diduduki pasangan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 4 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia