web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konvensyen Sunnah Diteruskan, ‘PMX Sudah Beri Lampu Hijau’

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 8:47PM

Poster Konvensyen Sunnah Ke-11.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konvensyen Sunnah Ke-11 yang sebelum ini ditangguhkan dipercayai bakal diteruskan mengikut jadual, Ahad ini.

Pempengaruh media sosial, Zac Zakirin menerusi ciapan di X hari ini berkata, acara berkenaan sudah menerima ‘lampu hijau’ daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ciapan sama, dia turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana berlaku adil kepada golongan asatizah salafiyah di negara ini.

“Terima Kasih PMX kerana bertindak adil untuk para asatizah salafiyah di Malaysia. Kalau boleh terbuka dengan Prof Ali Jum'ah, mesra dengan Habib Umar, Muhaizad dan seangkatannya, sewajarnya terbuka juga dengan asatizah salafiyah.

“Dengan ini, saya menarik balik kata-kata saya pada PMX sebelum ini yang berat sebelah terhadap satu golongan sahaja, dan minta maaf jika terkasar bahasa. Sekali lagi, terima kasih atas usaha PMX,” katanya.

Zac bagaimanapun mendakwa, ada daulah dalaman di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melibatkan golongan tertentu yang sentiasa tidak berpuas hati dengan barisan panel program berkenaan.

“Meh nak cerita sikit. Dalam Pejabat Mufti Wilayah pada hari ini, memang ada deep state dari golongan tertentu yang sentiasa tak puas hati dengan ustaz-ustaz yang ada dalam poster ni. 

“Begitu susah untuk luluskan ‘Tauliah Khas’ kepada mereka sedangkan apa yang diajarkan oleh mereka ini sentiasa bersandarkan dalil-dalil sahih dan mengajak umat Islam Malaysia untuk lebih pandai dalam mendalami agama,” katanya. 

Dakwa Zakirin, pembatalan program dibuat sebelum ini kerana permohonan tauliah 10 ustaz dalam poster tersebut tidak berjaya.  

“Bayangkan, ada Mufti, ada Rektor Universiti, ada Pakar Hadis, ada ahli Majlis Fatwa Perlis, dan ada Pakar Islamic Finance pun tidak boleh diluluskan hanya disebabkan perbezaan aliran dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

“Tapi, program yang ada gendang-gendang Yahanana, majlis selawat bersama keturunan Nabi yang palsu dan program Ustaz Selebriti yang menunggang agama easily dapat tauliah. Nampak tak bagaimana 'deep state' ni buat kerja dari dalam,” tegasnya.

Konvensyen bertajuk 'Pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi Dalam Pembentukan Negara Madani' itu antara lain menampilkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle dan pendakwah bebas, Amin Idris.

Sementara itu, Mohd Asri seperti dipetik Malaysiakini berkata, Perdana Menteri sudah memberikan lampu hijau supaya acara membincangkan pemikiran Yusuf Al-Qaradawi di ibu negara Ahad ini diteruskan.

“YAB PMX baru sahaja bercakap dengan saya bahawa program hendaklah diteruskan,” katanya menjawab soalan Malaysiakini sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak pasti perkembangan seterusnya kerana masih menunggu tindakan penganjur. - Getaran, 22 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global