web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Terus Meningkat, Kapasiti Hospital, PKRC Diramal Penuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2021 4:32PM

Andi bercakap kepada wartawan selepas merasmikan pelancaran Pembukaan Pejabat dan Kilang Baja PPK Organik semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Semua pusat rawatan COVID-19 di daerah ini dijangka penuh dalam masa terdekat sekiranya trend kes positif terus merekodkan peningkatan dalam tempoh lima hari berturut-turut.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Suryadi Bandi berkata, sehingga kini kapasiti Hospital Besar Tawau, Kolej Jururawat dan pusat kuarantin sudah mencapai 70 peratus.

Menurut beliau, mesyuarat bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau melihat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) adalah langkah terbaik bagi mengekang penularan COVID-19.

Katanya, pelaksanaan PKPD bagaimanapun perlu dilakukan dengan fokus kepada kawasan tertentu, berbanding sebelum ini yang mensasarkan beberapa kawasan di bawah lokaliti sama.

“Sebagai wakil rakyat, saya memahami keperluan hidup rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD.

“Dari segi bantuan bakul makanan, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah, namun rakyat jika dikurung terlalu lama, mereka tidak dapat bekerja dan menjana pendapatan, sekali gus mendatangkan tekanan sehingga berlakunya bantahan seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran Pembukaan Pejabat dan Kilang Baja PPK Organik, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu itu berkata, bantuan lain juga diperlukan rakyat seperti kewangan dan moratorium bagi mengimbangi kehilangan pendapatan mereka.

“Dalam pada itu, saya berharap rakyat juga memahami keperluan kerajaan dalam melaksanakan PKPD.

“Ketika ini, kita tidak mempunyai banyak pilihan, PKPD diperlukan selain kempen kesedaran pengambilan vaksin digiatkan,” katanya.

Menurut Andi, kerajaan negeri tetap bersedia mendengar suara rakyat termasuk golongan muda.

“Cuma, gunakan saluran betul bukannya dengan cara yang boleh membawa kepada ingkar PKP.

“Rakyat juga perlu memahami tugas kerajaan adalah untuk memastikan semua perkara dapat diuruskan dengan sebaik mungkin, bukan hanya bertumpu kepada satu masalah,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia