web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syukur Saya Turun Awal - Pekerja Tapak Pembinaan Gudang

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 11:29AM

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang pekerja di tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi, terselamat apabila turun lebih awal untuk berehat, beberapa minit sebelum kejadian.

Mohidul Islam, 43, warga Bangladesh berkata, dia bersama empat lagi rakan yang membuat kerja kayu di bahagian atas gudang turun untuk berehat sebelum tiba-tiba terdengar dentuman kuat dan keadaan menjadi kelam kabut selepas menyedari terdapat runtuhan pada struktur sedang dalam pembinaan itu.

"Saya bersyukur kerana turun awal, kalau tidak mungkin saya juga jadi mangsa.

“Kebanyakan kami di sini baru tiga bulan bekerja di tapak projek ini dan tidak menyangka akan berlaku kejadian seperti ini. Saya amat sedih kerana ramai rakan telah terkorban,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pagi ini.

Seorang lagi pekerja Md Ikhtiar, 38, berkata, ketika kejadian sekitar 9.40 malam itu, dia sedang bekerja di bahagian bawah gudang sebelum tiba-tiba terasa struktur bangunan itu seperti bergoyang.

Katanya, dia kemudian lari dan keluar menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan daripada pekerja lain sebelum melihat gudang itu runtuh.

“Seorang daripada mangsa berjaya ditarik keluar tetapi keadaannya ketika itu sangat parah dan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan pagi ini memaklumkan JBPM mengalami kesukaran dalam mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

"Kren digunakan untuk mengalihkan struktur rasuk berat yang menghalang laluan masuk ke runtuhan dan kerja-kerja pengalihan ini memerlukan sedikit masa," menurut JBPM.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad pada sidang media di lokasi mengesahkan tiga pekerja warga Bangladesh maut dan dua parah manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus.

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat kira-kira 9.45 malam dimaklumkan terdapat 18 pekerja berada di lokasi tetapi sembilan daripada mereka telah keluar untuk solat dan sembilan dilaporkan terperangkap.

Tapak binaan gudang logistik itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu adalah kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.

Setakat 6 pagi tadi, empat mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku malam tadi, tiga disahkan maut manakala dua yang cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad