web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangunan Simpan Baja Dan Racun Terbakar

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 8:36AM

Tangkap layar rakaman video kebakaran stor baja dan racun - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebuah bangunan tiga tingkat milik Pertubuhan Peladang yang menyimpan baja dan racun pertanian di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar Ahmad Izuwan Zakaria berkata tingkat bawah bangunan mengalami kebakaran kira-kira 30 peratus. 

“Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) juga sedang membuat bacaan kerana bahan baja dan racun rumpai bertindak balas dengan haba mungkin mengeluarkan toksid,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

@getaranmy Sebuah bangunan tiga tingkat milik Pertubuhan Peladang yang menyimpan baja dan racun pertanian di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam tadi. Terdapat sedikit letupan di peringkat awal kebakaran kerana dipercayai akibat bahan-bahan pertanian seperti baja dan racun yang tersimpan di premis berkenaan dan kejadian juga tidak melibatkan mangsa. - BERNAMA #getaranmy #berita #kebakaran ♬ ■ News News-Drone-IT-AI(963995) - ImoKenpi-Dou

Ahmad Izuwan berkata proses overhaul sedang dilaksanakan oleh pasukan bomba, manakala Hazmat dari BBP Pasir Putih digerakkan ke lokasi sebagai langkah keselamatan kerana kebakaran melibatkan bahan kimia.

Beliau berkata bacaan indeks udara sedang dikumpul dan pengungsian bagi orang awam juga dilakukan pada jarak 100 meter.

Terdahulu, pasukan bomba dari BBP Kuala Kangsar dengan bantuan dari BBP Sungai Siput dan BBP Meru Raya bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan tugas pemadaman bangunan jenis kelas A berkeluasan 40 x 70 meter persegi itu.

Terdapat sedikit letupan di peringkat awal kebakaran kerana dipercayai akibat bahan-bahan pertanian seperti baja dan racun yang tersimpan di premis berkenaan dan kejadian juga tidak melibatkan mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia