web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendakwaan Tarik Balik Rayuan, Keputusan Lepas Dan Bebas Shafee Kekal

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 3:35PM

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan menarik balik rayuan untuk membatalkan pembebasan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam dua kes pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua kes kerana membuat pengisytiharan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Shafee & Co bagi pihak Muhammad Shafee hari ini, Peguam Negara/Pendakwa Raya sudah memfailkan notis pemberhentian rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan peguam itu daripada kesemua pertuduhan.

“Oleh itu, rayuan tersebut di hadapan Mahkamah Rayuan dianggap ditolak menurut Peraturan 73 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994,” kata firma itu.

Penarikan balik rayuan itu bermakna pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.

Menurut kenyataan itu, keputusan Peguam Negara/Pendakwa Raya bukan sahaja menggunakan budi bicara tanpa gentar atau pilih kasih tetapi menyokong keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak boleh dipertikaikan, di mana hakim mendapati dalam fakta dan undang-undang bahawa tiada unsur daripada kesalahan predikat (aktiviti haram) untuk menimbulkan pertuduhan pengubahan wang haram, dan dengan itu membebaskan Muhammad Shafee daripada semua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.

“Sehubungan itu, Tan Sri Muhammad Shafee ingin mengucapkan terima kasih kepada peguamnya, keluarga, rakan-rakan dan orang ramai atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka sejak lima tahun lepas semasa beliau berusaha untuk membuktikan beliau tidak bersalah atas pertuduhan itu.

“Beliau akan meneruskan urusan profesionalnya dengan dedikasi dan integriti yang sama yang sentiasa membimbingnya dalam memberi khidmat kepada anak guamnya dan terus komited untuk menegakkan prinsip keadilan dan kesaksamaan untuk semua,” menurut firma itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkannya dan berkata, penarikan balik rayuan tersebut difailkan pada 1 Disember.

Pada 29 Oktober 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Muhammad Shafee daripada keempat-empat pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kesnya.

Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang melalui cek yang dikeluarkan oleh Najib, yang telah dimasukkan ke akaun Muhammad Shafee di CIMB Bank Berhad.

Beliau didakwa menerima cek bernilai RM4.3 juta pada 13 September 2013, dan satu lagi RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Muhammad Shafee turut didakwa atas dua pertuduhan terlibat dalam urus niaga hasil daripada aktiviti haram, iaitu mengemukakan penyata cukai yang tidak betul, yang melanggar perenggan 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 19 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan