web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Klasifikasi Kematian Kanak-Kanak Autisme, Zayn Rayyan Sebagai Kes Bunuh

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 5:50PM

Mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam aliran air sungai berhampiran kediamannnya malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan mangsa berusia enam tahun itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Selepas dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira 10 malam tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai kumpulan penduduk yang turut membantu operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Terdahulu, ibu Zayn Rayyan dilaporkan menyedari kehilangan anaknya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari, sebelum kanak-kanak berkenaan dikatakan kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartmen Idaman.

Sementara itu, Hussein berkata satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian kanak-kanak autisme itu.

Beliau berkata pasukan berkenaan terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Selain itu, Hussein berkata ibu dan bapa mangsa akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Politik 2 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 21 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar